Connect with us

Pilihan Editor

Dewan Undangan Negeri Sabah dibubarkan, umum KM Shafie

Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal hari ini mengumumkan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah bagi memberi laluan kepada pilihan raya negeri diadakan dalam tempoh 60 hari.

Mohd Shafie membuat pengumuman berkenaan pada sidang media khas di Pusat Pentadbiran Negeri Sabah di sini selepas mendapat perkenan Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin.


Terdahulu, Mohd Shafie mengadap Tun Juhar di Istana Negeri di sini dan kenderaan yang membawa ketua menteri itu dilihat memasuki perkarangan istana pada jam 8.25 pagi.

Advertisement

Mohd Shafie berkata beliau telah memohon perkenan daripada Tun Juhar untuk membubarkan DUN dan Tuan Yang Dipertua telah memperakukannya.

“Saya masih menjalankan tugas-tugas sebagai Ketua Menteri dalam tempoh pembubaran tersebut,” katanya selepas mengadakan pertemuan dengan Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan Anggota Parlimen blok kerajaan.

Beliau berkata rakyat Sabah yang menentukan kerajaan Sabah, bukan pihak lain.

Perkembangan politik di negeri ini menjadi hangat apabila bekas ketua menteri Sabah Tan Sri Musa Aman semalam mendakwa beliau mempunyai majoriti mudah bagi membentuk kerajaan Sabah.

Ketika ini, DUN Sabah mempunyai 65 kerusi dengan blok kerajaan menguasai 45 kerusi manakala blok pembangkang 20 kerusi.

Advertisement

— BERNAMA

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel