Connect with us

Mahkamah

RM1 Juta Ikat Jamin Lim Guan Eng

MAHKAMAH Sesyen Kuala Lumpur membenarkan bekas Menteri Kewangan, Lim Guan Eng diikat jamin RM1 juta dengan RM500,000 dibayar hari ini manakala baki RM500,000 dibayar pada Isnin.

Terdahulu, Guan Eng, 60, didakwa meminta suapan bagi membantu syarikat dilantik untuk melaksanakan Projek Pembinaan Jalan-Jalan Utama dan Terowong di Pulau Pinang.



Guan Eng mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Azura Alwi.

Mengikut pertuduhan, Guan Eng, ketika menjawat jawatan sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang, didakwa secara rasuah meminta bagi dirinya suatu suapan, iaitu, balasan berharga berupa 10 peratus daripada keuntungan yang akan diperolehi kelak daripada Datuk Zarul Ahmad Mohd Zulkifli.


Ia sebagai upah bagi membantu syarikat milik Zarul dilantik untuk melaksanakan Projek Pembinaan Jalan-Jalan Utama dan Terowong di Pulau Pinang.

Advertisement

Ahli Parlimen Bagan itu dituduh melakukan kesalahan itu berhampiran Mid Valley City di Kuala Lumpur pada Mac 2011. – BERNAMA

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel