Connect with us

Pilihan Editor

“Tiada Yang Ganggu. Saya Serah 100 Peratus Kepada Allah” – Asri Janggut

Lelaki yang tular di media sosial ekoran pendedahan kewujudan beberapa premis judi, penjualan rokok seludup serta operasi perniagaan haram dalam kalangan warga asing di sekitar Jalan Besar, Bandar Baru Sungai Buloh, Selangor, Mohd Asri Hamid, mengakui beliau tidak menerima ancaman daripada pihak-pihak tertentu.

“Tiada yang ganggu. Saya serah 100 peratus kepada Allah,” katanya yang juga pemilik perniagaan Hot Burger Malaysia.

Mohd Asri berkata, dia tidak menyangka pendedahannya itu akan menarik perhatian ramai kerana hanya berkongsi masalah sebenar berlaku di kawasan berkenaan.

Terdahulu Mohd Asri telah membuat pendedahan menerusi tiga siaran langsung di Facebook (FB) Hot Burger Malaysia yang tular sejak kelmarin.

Advertisement


“Kepada Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dan peniaga lain, saya minta maaf.

“Demi Allah, saya tiada masalah dengan pihak berkuasa tempatan (PBT) dan tidak marah sedikitpun.

“Cuma, ada rasa cemburu apabila MBSA kacau kedai saya tetapi tidak ambil tindakan terhadap kedai rokok seludup dan judi hingga mereka dapat beroperasi sehingga jam 3 pagi ketika premis lain sudah ditutup,” katanya menerusi siaran langsung (Live) yang disiarkan di FB Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), hari ini.

Advertisement

Siaran langsung itu diadakan selama hampir sejam bermula jam 12.30 tengah hari dan turut dihadiri ketua aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan.

Mohd Asri berkata, lebih membuatkannya terkilan apabila premis judi masih terus beroperasi walaupun selepas aduan dibuat kepada polis.

“Saya terkilan kerana sudah membuat aduan di Bahagian Perjudian Ibu Pejabat Polis Bukit Aman menerusi panggilan telefon meminta polis datang dan periksa pusat judi bebas dibuka.

“Apabila buat aduan, tutup dua hari kemudian ‘on’ balik. Saya pergi pula hantar aduan kepada jabatan integriti tetapi tidak jalan sebaliknya ada sindiket pula yang berjumpa budak saya (kakitangan) dan bertanya kenapa saya mengganggu perniagaan mereka.


“Kiranya, aduan itu sudah dibuat sejak tiga bulan lalu tetapi keadaan masih sama tetapi tidak sangka pula jadi begini (selepas membuat pendedahan di FB),” katanya.

Advertisement

Bagaimanapun, Asri meminta orang untuk berhenti mengecam polis sebaliknya mengajak semua bersama-sama membantu pihak berkuasa membanteras kegiatan perjudian atau lain-lain aktiviti tidak bermoral.

“Tolong henti kecam polis. Mereka ini permata harapan.

“Mari sama-sama bantu polis dan saya minta persatuan penduduk serta qariah masjid untuk turut sama memainkan peranan,” katanya.

Sementara itu, Nadzim berharap orang ramai tidak menuding jari terhadap mana-mana pihak.

“Sebaiknya kita bersama mengambil tindakan, tidak mahu salahkan pihak berkuasa, tak mahu menuding jari.

Advertisement

“Selain itu, kita minta kepada pegawai kerajaan sama-sama membantu memudahkan urusan mereka yang mempunyai masalah perniagaan. Kalau boleh, kita nak wujudkan keharmonian,” katanya.

Menerusi perkongsian terkini dilaman sosial Facebook kelihatan Mohd Asri telah pun berjumpa dengan Ketua Polis negara, Datuk Seri Abdul Hamid Bador.

Semoga ada perkembangan positif daripada pertemuan tersebut.

Pertemuan yang berlangsung jam 3 petang itu dikongsi di laman sosial Facebook ‘Friends Of PDRM’ sebentar tadi.

Beliau dikatakan turut mengadakan pertemuan dengan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainuddin dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri di bangunan Parlimen.

Advertisement

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel