Connect with us

Pilihan Editor

200 ahli Bersatu Kubang Pasu keluar parti

Kira-kira 200 ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Bahagian Kubang Pasu mengisytiharkan keluar daripada parti itu berkuat kuasa hari ini.

Ia diketuai Bendahari Penaja bahagian Tengku Anwar Tengku Daud yang turut disertai Naib Ketua Srikandi bahagian Zakiah Yaakob dan Ketua Penerangan Armada bahagian Mohd Saffiq Rodhi yang turut meletak jawatan masing-masing.


Bercakap pada sidang media bagi mengumumkan perkara itu, Tengku Anwar berkata 25 daripada 35 ketua cawangan Bersatu di bahagian berkenaan turut meletak jawatan dan keluar parti.

Advertisement

Beliau berkata mereka bercadang menyertai parti baharu yang ditubuhkan bekas Perdana Menteri dan bekas Pengerusi Bersatu Tun Dr Mahathir Mohamad iaitu Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang).


– Bernama

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel