Connect with us

Terkini

Tengkorak Dan Tulang Manusia Ditemukan Dalam Plastik

GEORGE TOWN, 20 Ogos (Bernama) — Polis sedang menjalankan siasatan lanjut berhubung penemuan dua tengkorak dan sejumlah tulang manusia dalam bungkusan plastik di tempat pembuangan sampah di Jalan Kolam Ikan, Bayan Lepas, dekat sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Barat Daya Supt A.A Anbalagan berkata bungkusan plastik itu dijumpai orang awam pada jam 7.34 malam tadi sebelum menghubungi polis.



“Berikutan itu, sepasukan anggota Unit Forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pulau Pinang (IPK) telah ke lokasi untuk menjalankan siasatan…pemeriksaan awal kami percaya ia adalah dua tengkorak manusia serta serpihan tulang badan yang dibungkus dalam plastik, ” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, berdasarkan penandaan yang tertera pada tulang itu kemungkinan besar dipercayai digunakan bagi tujuan pembelajaran atau ‘penggunaan universiti untuk pendidikan’ namun polis masih menjalankan siasatan lanjut bagaimana atau kenapa ia dibuang di situ.

Advertisement


A.A Anbalagan berkata semua tengkorak dan tulang itu diserahkan kepada Jabatan Forensik Hospital Pulau Pinang (HPP) untuk dianalisis.

“Saya minta sesiapa yang mempunyai maklumat berhubung penemuan tengkorak dan tulang itu untuk menyalurkannya melalui balai polis berdekatan bagi membantu siasatan kes itu,” katanya.

— BERNAMA

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel