Connect with us

Pilihan Editor

PAS Terima Surat Kesediaan Bersatu Sertai Muafakat Nasional – Takiyuddin

KOTA BHARU – PAS telah menerima surat daripada Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin mengenai kesediaan Bersatu menyertai Muafakat Nasional (MN), kata Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan.

“Hari ini saya boleh mengesahkan Tan Sri Muhyiddin Yassin telah menjawab surat itu menyatakan kesediaan Bersatu menjadi anggota (baharu) di bawah MN.



“(Saya bagi pihak Presiden PAS) dah terima surat itu. Sahlah sekarang ini (penyertaan Bersatu ke dalam MN), cuma kita belum ada perbincangan (rasmi antara ketiga-tiga parti) setakat ini. Mungkin kita akan adakan mesyuarat (rasmi) bersama tiga parti (dalam masa terdekat),” katanya.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) itu berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan program Sumbangan Skim Bantuan Pelajar Parlimen Kota Bharu di sini, hari ini

Advertisement

Mengenai Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah pada September ini, Takiyuddin yang juga Ahli Parlimen Kota Bharu berkata MN masih belum memutuskan berapa jumlah kerusi yang akan ditandingi oleh parti komponen masing-masing pada pilhan raya itu.

Katanya MN masih mempunyai masa kira-kira dua minggu untuk memuktamadkan senarai calon dan kerusi yang akan ditandingi parti-parti komponen MN dalam pilihan raya melibatkan 73 kerusi DUN itu.

Mengulas mengenai pendaftaran Perikatan Nasional (PN), Takiyuddin berkata PN masih menunggu kelulusan pendaftarannya daripada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan dan PAS merupakan antara penaja kepada penubuhan parti PN.


Sementara itu, semasa ditanya mengenai Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali yang tidak menjalani kuarantin wajib 14 hari di rumah selepas pulang dari Turki, Julai lepas, Takiyuddin berkata siasatan perlu dijalankan terlebih dahulu dan jika ada kes, perlu dibawa ke mahkamah.

“Itu kita serah kepada pihak berkuasa seperti Kementerian Kesihatan (untuk buat siasatan). Kalau ada laporan polis, polis yang kena siasat. (Mohd Khairuddin perlu melalui) proses undang-undang biasa walaupun (beliau) seorang menteri,” katanya.

Advertisement

Mengenai program skim bantuan berkenaan, seramai 300 pelajar Tingkatan Lima dan Enam akan menerima bantuan sebanyak RM50 sebulan bermula bulan ini hingga Januari depan.

— BERNAMA

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel