Connect with us

Terkini

PM Sampaikan Amanat Khas Mengenai PKPP 8 Malam Ini

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri  Tan Sri Muhyiddin Yassin akan menyampaikan perutusan khas mengenai perkembangan terkini Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) pada 8 malam ini.



Berdasarkan maklumat daripada Pejabat Perdana Menteri, perutusan itu akan disiarkan secara langsung oleh stesen televisyen Radio Televisyen Malaysia (RTM), Bernama TV, TV3 dan Astro Awani.

Pada 7 Jun lepas, perdana menteri mengumumkan pelaksanaan PKPP bagi menggantikan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat selepas Malaysia berjaya mengekang penularan pandemik COVID-19 di negara ini.

PKPP yang berkuat kuasa pada 10 Jun dijadualkan tamat pada 31 Ogos ini.

Advertisement


— BERNAMA

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel