Connect with us

Terkini

Tewas PRK Slim: ‘Tun Dr Mahathir Baik Sedar Diri Dan Berundur’ – Syed Husin

Barisan Nasional (BN) menerusi calonnya, Mohd Zaidi Aziz, mengekalkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim, selepas diumum menang dengan majoriti bergaya dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Slim baru-baru ini menentang calon bebas mewakili Pejuang pilihan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Berikutan itu ramai yang berpendapat bahawa bekas Perdana Menteri itu telah hilang pengaruh terutamanya dikalangan orang Melayu.



Bekas Timbalan Presiden PKR, Syed Husin Ali berkata keputusan Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Slim yang menyebelahi Barisan Nasional (BN) membuktikan bahawa Tun Dr Mahathir Mohamad tidak mendapat sokongan Melayu dan bukan Melayu.

Malah menurut beliau lagi, sokongan yang diberikan kepada Tun Dr. Mahathir menerusi Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) ternyata membawa kepada kejatuhan.

Advertisement

Justeru Syed Husin berkata, sudah tiba masanya untuk bekas Perdana Menteri itu mengundurkan diri daripada arena politik.

“Tun Dr M baik sedar diri dan berundur. Dia takde (tidak ada) sokongan Melayu, apatah lagi bukan Melayu. Sokongan dia membawa rebah,” katanya menerusi akaun Twitter.

Terdahulu BN menang bergaya dalam pertandingan tiga penjuru pada PRK Slim dengan menewaskan calon Pejuang yang disokong Tun Mahathir dan juga calon bebas lain.

Calon BN iaitu Mohd Zaidi Aziz menang selesa dengan majoriti 10,945 undi apabila memperoleh 13,060 undi untuk mengalahkan dua pencabarnya dari bebas iaitu Amir Khusyairi Mohamad Tanusi, 38, mewakili Pejuang dan juga S. Santharasekaran, 44.

Menurut Syed Husin lagi, beliau telah menjangkakan calon Tun Mahathir iaitu Amir Khusyairi akan tewas ditangan UMNO.

Advertisement

“Lima hari lalu aku tweet kalau calon Tun Dr M dapat lebih saparuh daripada calon UMNO bertuahlah dan kalau tak hilang deposit nasiblah. Rupanya betul juga ramalanku,” ujar veteran PKR itu.

Sebelum ini Timbalan Pengarah Institut Kajian Etnik (KITA), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Madya Dr Kartini Aboo Talib yang dipetik Bernama berkata Dr Mahathir Mohamad kini sudah tidak lagi relevan dan berpengaruh.


“Saya rasa ini adalah penolakan menyeluruh kepada Dr Mahathir setelah beliau bersama PH suatu ketika dulu telah gagal membuktikan pada rakyat janji mereka (kerajaan) dan bertambah rumit dengan ahli parlimen PH rata-rata tiada pengalaman mentadbir,” kata Kartini.

Bernama juga melaporkan Pensyarah Kanan Hal Ehwal Politik, Dasar dan Pengajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia (UUM) Mohd Shukri Shuib berkata rakyat dapat menilai calon BN yang menjadi sebahagian daripada kerajaan PN mampu mampu menjaga ‘periuk nasi’ mereka.

Ini jelasnya, lebih-lebih lagi ketika negara dan dunia berdepan dengan kesan penularan wabak Covid-19.

Advertisement

“Undi popular yang tinggi kepada calon BN itu menunjukkan restu rakyat kepada kerajaan dan dasar-dasar yang sedang dijalankan termasuklah keprihatinan terhadap ‘dapur rakyat’, ‘periuk nasi’ rakyat kesan daripada Covid-19 ini.

“Dengan pelbagai dasar popular Perdana Menteri Muhyiddin Yassin, maka jentera BN, PAS mahupun Bersatu tidak sukar untuk berkempen seterusnya memberikan kemenangan kepada calon mereka lebih-lebih lagi DUN Slim merupakan kubu kuat Umno,” katanya, lapor Bernama.

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel