Connect with us

Pilihan Editor

PEJUANG Bakal Jadi ‘Kingmaker’, Tun Mahathir Letak Sasaran PEJUANG Menang 36 Kerusi Parlimen

Tun Dr Mahathir Mohamad meletak sasaran Parti Pejuang Tanah Air (PEJUANG) yang ditubuhkannya untuk memenangi 36 kerusi Parlimen dalam pilihan raya akan datang.

Tun Mahathir berkata, walaupun jumlah berkenaan secara dasarnya kecil dan tidak memungkinkan parti berkenaan untuk membentuk kerajaan namun Pejuang boleh menentukan pihak mana yang akan menjadi kerajaan.



“Pejuang meletak sasaran untuk menang 36 kerusi, itu sudah mencukupi kerana kemudian kita boleh menentukan siapa yang akan menjadi kerajaan.

“Kami tidak fikir mana-mana dua gabungan (parti) boleh menang, Jika kita boleh menang 36 kerusi (Parlimen), kita memiliki kuasa untuk menyertai mana-mana gabungan,” kata Tun Mahathir yang juga pengasasnya pada sidang media di Yayasan Kepimpinan Perdana di sini, hari ini.

Advertisement
“Kita sudah ada senarai lebih 18 Ahli Parlimen di Sabah dan Sarawak, bukan Ahli Parlimen Pejuang tetapi bersama dengan kita dan percaya dengan prinsip kita.
“Jadi kami akan bekerjasama dengan mereka dan berharap di Semenanjung juga, akan ada rakyat yang menyokong kita,” katanya lagi seperti dipetik Astro Awani.

Tun Mahathir juga menegaskan Pejuang kini bersedia untuk Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) meskipun parti itu masih belum didaftarkan secara rasmi.

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel