Connect with us

Pilihan Editor

Tun M Kata Parti Orang Muda Syed Saddiq Tidak Akan Berjaya

Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mendakwa langkah Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Abdul Rahman untuk menubuhkan parti berasaskan golongan anak muda, tidak akan berjaya.

Bekas perdana menteri yang juga Pengasas Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) itu berkata, model yang dibawa Syed Saddiq itu tidak sesuai dan berpendapat, setiap parti politik harus mempunyai gabungan orang tua dan orang muda.



“Saya sebenarnya tidak tahu mengapa dia mahu menubuhkan parti baru.

“Di mana-mana kawasan, mesti kena ada orang tua dan orang muda. Kami akan pergi kepada golongan muda juga.

Advertisement

““Kalau dia (Syed Saddiq) hanya pergi kepada orang muda, agak sukar untuknya berjaya. Tetapi ini adalah negara bebas, dia mahu lakukannya sendiri.

“Dia pernah menjadi penyokong kuat Pakatan Harapan (PH) dan kini dia rasa perlu bergerak berasingan daripada kami,” kata Tun Mahathir lagi dalam sidang media hari ini di Yayasan Kepimpinan Perdana, Putrajaya.


Terdahulu Syed Saddiq yang juga bekas ketua Pemuda Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) mengesahkan bahawa beliau tidak akan menyertai Parti Pejuang yang ditubuhkan oleh Tun Mahathir, tetapi sebaliknya akan menubuhkan sebuah parti politik baharu yang disertai anak muda.

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel