Connect with us

Terkini

Tokoh Ulama’ Dan Ahli Hadith Terkenal, Syeikh Prof. Dr. Nuruddin ‘Itr Meninggal Dunia

Hari ini, dunia Islam kehilangan seorang lagi tokoh ulama terbaik di zaman kini dengan karya-karya yang luar biasa iaitu Al-Imam al-Allamah al-Muhaddits al-Ushuli al-Mufassir  as-Syekh Prof. DR. Nuruddin ‘Itr Al-Hasani al-Hanaf.

Berita duka ini disampaikan oleh Menteri Agama, Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri dalam satu status yang dimuatnaik dalam laman Twitternya.



“Saya dikejutkan dengan pemergian seorang tokoh ulama’ dan ahli hadith terkenal pada masa kini iaitu Syeikh Prof. Dr. Nuruddin ‘Itr,” tulisnya dlaam satu status di laman Twitter rasmi milik beliau.

 

Advertisement

Beliau dilahirkan pada tahun 1937 di bumi Halab, Syria. Antara gurunya yang terkenal adalah Syeikh Mustafa Mujahid, Syeikh Muhammad Muhammad al-Samahi, Syeikh Muhammad Muhyiddin ‘Abd al-Hamid dan yang banyak memberi kesan dalam hidupnya adalah Syeikh Abdullah Sirajuddin.


“Saya pernah mendengar beberapa kali mengikuti pengajiannya di kota Syam ketika di Majma’ Ilmi Damsyik. Beliau adalah seorang yang terkenal dengan ketokohan dalam ilmu hadith. Semoga Allah merahmatinya dan menempatkannya bersama para solihin dan ulama’.”

Ucapan takziah dari Dr Zulkifli dituruti dengan doa.

 

Sumber: Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri

Advertisement

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel