Connect with us

Pilihan Editor

PRN Sabah: Anifah Aman, Pandikar Amin, Wilfred Madius Tewas

KOTA KINABALU – Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah turut menyaksikan beberapa nama besar dalam arena politik negeri tewas dalam usaha merebut kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dipertandingkan kali ini.

Antara mereka yang tewas ialah Presiden Parti Cinta Sabah (PCS) Datuk Seri Anifah Aman yang bertanding di DUN Bongawan dan Ketua Umum USNO Tan Sri Pandikar Amin Mulia yang merebut kerusi DUN Pintasan.



Turut tewas ialah Presiden UPKO Datuk Seri Wilfred Madius Tangau yang bertanding di DUN Kiulu.

Menurut maklumat yang dipaparkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Anifah, yang juga bekas Menteri Luar memperoleh 3,598 undi berbanding penyandang kerusi berkenaan daripada Warisan Plus, Daud Yusof yang memperoleh 5,400 undi dalam pertandingan empat penjuru.

Advertisement

Pandikar Amin pula tewas dalam pertandingan enam penjuru kepada calon Perikatan Nasional (PN) Fairus Renddan dengan majoriti tipis hanya 84 undi.


Pandikar Amin memperoleh 2,660 undi manakala Fairuz sebanyak 2,744 undi.

Sementara itu, Madius yang juga bekas Timbalan Ketua Menteri tewas kepada penyandang kerusi tersebut, Datuk Joniston Bangkuai daripada Parti Bersatu Sabah (PBS) dalam pertandingan enam penjuru apabila memperoleh 2,786 undi.

Joniston mendapat 4,007 undi.

Turut tewas pada PRN kali ini ialah bekas Ketua Menteri Chong Kah Kiat dalam pertandingan 10 penjuru di DUN Inanam yang menyaksikan beliau memperoleh hanya 1,606, sekali gus hilang wang deposit.

Advertisement

Chong, Presiden Kehormat Seumur Hidup Parti Liberal Demokratik (LDP) tewas kepada calon PKR Peto Galim yang memperoleh 8,586 undi dengan majoriti sebanyak 5,638 undi.

— BERNAMA

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel