Connect with us

Terkini

Remaja Gelandangan Ditemui Tiada Rumah & Baru Sahaja Kematian Ibu, ‘Pakcik Shell’ Tawar Pekerjaan Untuk Membantu

Di saat anak muda lain boleh menuntut ilmu, makan ditanggung ibu bapa, hidup selesa di rumah masing-masing, ada sesetengah remaja yang terpaksa berhujan panas tanpa tempat berteduh.

Terpaksa bekerja di usia muda, mereka lazimnya melakukan kerja-kerja harian dengan hasil yang tidak seberapa.



Baru-baru ini, Pengarah Urusan Shell Malaysia, Shairan Huzani Husain atau lebih dikenali sebagai Pakcik Shell berkongsi kisah seorang remaja gelandangan yang meneruskan hidup dengan menjual barangan kitar semula.

Kongsinya, remaja bernama Shahril itu terpaksa keluar dari rumah selepas ibunya meninggal dunia. Malah kini, beliau terpaksa bermalam di sudut bangunan beralaskan kadbod sebagai ‘rumahnya’.

Advertisement

Empati dengan nasib remaja itu, Pakcik Shell kemudiannya menawarkan kerja dan asrama buatnya berteduh dan mencari pendapatan. Berikut adalah perkongsiannya.

Dalam perjalanan balik kerja terserempak dengan seorang adik. Bila pakcik tanya tengah buat apa, dia cakap kumpul barang kitar semula untuk dijual.

Bila pakcik tanya duduk kat mana, dia tunjuk ke satu sudut dinding bangunan di alas kadbod. Di negara kita, agak sedih ada insan tersisih sebegini.

Setiap hidup kita tentunya ada cabaran. Adik Shahril terpaksa keluar rumah setelah ibunya meninggal. Bila kita rasa susah, percayalah ada yang sedang diuji lebih dari kita.


#gengpakcikshell insyaAllah sudah dapatkan kerja kat stesen yang ada asrama untuk adik Shahril sebab dia cakap dia nak kerja.

Malam nanti kita bawa dia ke tempat kerja. Kita doakan tuhan mudahkan hidup beliau dan semoga suatu hari nanti dia pun boleh berjaya macam awak. We are sincerely run by Malaysians, for Malaysians.

Advertisement

 

View this post on Instagram

 

dlm perjalan balik kerja terserempak dgn seorang adik. bila pakcik tanya tgh buat apa, dia cakap kumpul barang kitar semula utk dijual. bila pakcik tanya duduk kat mana, dia tunjuk ke satu sudut dinding bangunan di alas kadbod. di negara kita, agak sedih ada insan tersisih sebegini. setiap hidup kita tentunya ada cabaran. adik shahril terpaksa keluar rumah setelah ibunya meninggal. bila kita rasa susah, percayalah ada yg sedang diuji lebih dari kita. #gengpakcikshell insyaAllah sudah dapatkan kerja kat stesen yg ada hostel utk adik shahril sbb dia cakap dia nak kerja. malam nanti kita bawa dia ke tempat kerja. kita doakan tuhan mudahkan hidup beliau dan semoga suatu hari nanti dia pun boleh berjaya macam awak. 🇲🇾 we are sincerely run by malaysians, for malaysians 🇲🇾

A post shared by Shairan Huzani (@pakcikshell) on


Sumber: Pakcik Shell, SiakapKeli

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel