Connect with us

Terkini

SPRM Atur Masa Bawa Suspek Kes Pembelian Hartanah Mara Inc Ke Mahkamah

VKUALA LUMPUR – Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Seri Azam Baki berkata pihaknya kini sedang mengatur masa untuk bertindak dan membawa beberapa pihak disyaki terlibat dalam kontroversi pembelian hartanah di Australia oleh Mara Incorporated Sdn Bhd (Mara Inc), ke muka pengadilan.

Beliau berkata pihak timbalan pendakwa raya secara dasarnya bersetuju menuduh mereka yang disyaki terlbat dalam pembelian hartanah dikenali sebagai Dudley International House, di Melbourne, Australia.



“Seorang daripada mereka berkemungkinan duduk di Sabah dan (dipercayai) menjalani tempoh kuarantin.… (dan) kes ini tidak ada sebarang perlindungan terhadap mana-mana pihak, kami tegas dalam menjalankan kes ini cuma tunggu masa sahaja setakat ini,” katanya dalam wawancara SPRM bertajuk ‘Pemerkasaan SPRM dan Usaha Pencegahan Rasuah’ di radio MACC. fm di sini.

Pada 2015, sayap pelaburan Mara itu terbabit dengan kontroversi berikutan pendedahan akhbar Australia, The Age, yang mendakwa ia membelanjakan jutaan ringgit untuk membeli sebuah blok pangsapuri lima tingkat, Dudley International House, di Melbourne dengan harga yang lebih tinggi daripada harga pasaran.

Advertisement

Akhbar itu mendakwa ‘sekumpulan pegawai Malaysia yang amat kaya’ telah terlebih bayar sebanyak A$4.75 juta (RM13.8 juta) bagi blok pangsapuri di bandar raya itu pada 2013, daripada A$17.8 juta kepada A$22.5 juta (RM65.3 juta), dengan wang perbezaan itu dijadikan sebagai rasuah di tanah air.

Dudley International House merupakan asrama pelajar yang dibeli Mara, iaitu agensi yang menyediakan biasiswa bagi pelajar Malaysia melanjutkan pelajaran di luar negara.


Mengenai kes sindiket perjudian dan penyeludupan rokok di Daerah Sungai Buloh, Azam berkata siasatan kini berada di peringkat fasa akhir dan akan di bawa ke timbalan pendakwa raya untuk diteliti untuk dibuat keputusan.

“Mungkin ada yang dituduh atau tidak. (Ia) tindakan punitif yang mana boleh jadi tertuduh atau boleh diambil tindakan lain terhadap mana-mana pihak.

Namun apa yang penting setakat ini ialah tindakan cepat oleh kami yang mana berjaya menghentikan kemelut ini kerana masyarakat masih lagi terbelenggu dengan isu ini dan menimbulkan pelbagai reaksi negatif terhadap isu penguatkuasaan di negara kita,” katanya.

Advertisement

Pada Ogos lepas, tular video di media sosial menerusi Facebook Hot Burger Malaysia yang dikongsikan pemilik akaun Facebook Asri Janggut, membangkitkan isu kegiatan perjudian di beberapa unit kedai dan penjualan rokok seludup berleluasa di Sungai Buloh.

— BERNAMA

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel