Connect with us

Pilihan Editor

Idris Buat Laporan Polis Nafi Sokong Anwar Jadi PM

Ahli Parlimen Besut Idris Jusoh hari ini membuat laporan polis bagi menegaskan yang dia tidak memberikan sokongan kepada Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim untuk menjadi perdana menteri seperti yang didakwa sesetengah pihak.

Idris yang juga Pengerusi Felda berkata laporan polis merupakan cara terbaik untuk dia menjelaskan pendirian serta membersihkan namanya daripada terus dikaitkan dengan presiden PKR itu.



“Saya tidak pernah dihubungi (oleh Anwar), tidak pernah memberikan sokongan (kepada Anwar) tapi dikatakan menyokong. Saya tidak faham. Saya sudah membuat kenyataan media sebelum ini menafikan saya menyokong Anwar namun seolah-olah tidak diendahkan,” katanya ketika ditemui di luar Ibu Pejabat Polis Daerah Putrajaya.

Idris juga menyifatkan dakwaan yang dia menyokong Anwar itu sebagai tindakan terdesak.

Advertisement

Menerusi kenyataan yang diedarkan kepada media selepas itu, Idris berkata pada 6 Okt lepas dia dimaklumkan oleh pegawainya berhubung namanya disebut dalam artikel bertajuk “Gempar!!! Senarai 121 ahli Parlimen Sokong Anwar Tular”, yang dimuat naik oleh sebuah laman sesawang.


Katanya lagi, dia kemudian mendapati namanya disenaraikan sebagai antara 121 ahli Parlimen yang dikatakan menyokong pelantikan Anwar sebagai perdana menteri kesembilan.

Ketua Polis Daerah Putrajaya ACP Mohd Fadzil Ali ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan itu.

Dua hari lepas, Anwar yang juga Ahli Parlimen Port Dickson dilapor berkata Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah telah memperkenankan untuk dia menghadap baginda pada Selasa ini (13 Okt) bagi mempersembahkan keterangan lengkap mengenai jumlah majoriti ahli Parlimen yang menyokongnya.

Pada 23 Sept lalu, Anwar dalam satu sidang media mendakwa beliau mendapat sokongan ‘kukuh dan meyakinkan’ daripada ahli Parlimen untuk mengambil alih tampuk pemerintahan negara.

Advertisement

Bernama

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel