Connect with us

Kemalangan

Pemandu MyVi Rempuh Honda Accord Hingga Maut Didapati Tiada Lesen Memandu Dan Positif Dadah

Polis menahan pemandu Perodua Myvi wanita yang terbabit kemalangan dengan dua kenderaan di Kilometer 4 Jalan Johor Bahru – Kota Tinggi, di sini semalam, hingga menyebabkan seorang lelaki meninggal dunia.

Difahamkan, pemandu berusia 23 tahun itu dipercayai tidak mempunyai lesen memandu kenderaan, selain cukai jalan dipercayai sudah tamat tempoh.



Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Mohd Padzli Mohd Zain, berkata saringan awal air kencing mendapati pemandu berkenaan positif dadah.

Mohd Padzli berkata, kemalangan kira-kira jam 9 pagi itu, membabitkan kenderaan pemandu berkenaan dengan kereta jenis Honda Accord dan Proton Iswara.

Advertisement

“Pemandu Myvi sudah ditahan dan disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Saringan awal air kencing mendapati positif dadah. Turut siasat mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya ringkas dalam satu kenyataan seperti dilapor Berita Harian hari ini.


Sebelum ini, tular video menerusi rakaman kamera perakam video berdurasi 37 saat memaparkan berlaku insiden kereta berwarna putih terbalik selepas dilanggar kenderaan lain dalam kejadian berhampiran dengan lampu isyarat.

Mohd Padzli berkata, hasil siasatan awal mendapati kemalangan berlaku berpunca pemandu kereta Myvi dipercayai hilang kawalan.

Katanya, pemandu itu kemudiannya terbabas melanggar tembok batu pembahagi jalan dan seterusnya melanggar dua kenderaan lain yang berada di persimpangan lampu isyarat menghala ke Plaza Pelangi Johor Bahru.

Advertisement

“Akibat kemalangan terbabit, pemandu kenderaan jenis Honda Accord mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan disahkan meninggal dunia di lokasi kemalangan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, iaitu menyebabkan kematian kerana memandu dengan melulu atau membahayakan,” katanya.

Terdahulu dalam kejadian kira-kira jam 8.30 pagi kelmarin itu, Mohd Rizal Buseri, 31, maut di tempat kejadian manakala Nur Fatin Nazrah, 23, dan Chang Ah May, 78, mengalami kecederaan ringan.

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel