Connect with us

Terkini

Siasatan Ke Atas Anwar Dijalankan Secara Profesional, Tanpa Menerima Sebarang Tekanan Politik, Kata Pengarah JSJ

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Datuk Huzir Mohamed berkata, siasatan ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim dijalankan secara profesional tanpa menerima sebarang tekanan politik atau arahan daripada mana-mana pihak.

Dalam kenyataan PDRM hari ini menyebut enam siasatan dilakukan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Bukit Aman ke atas Presiden PKR itu termasuk penyebaran senarai nama 121 Ahli Parlimen di portal MH Daily.



Setakah hari ini, terdapat 113 laporan polis diterima termasuk aduan daripada kalangan Ahli Parlimen yang menafikan memberi sokongan. Dakwaan tersebut telah tersebar luas di sosail media sehinggakan mencetus pelbagai spekulasi tidak sihat.


Bagaimanapun, PDRM  menggesa semua pihak memberi ruang sepenuhnya kepada pihak polis menjalankan siasatan secara telus dan adil, malah tindakan tegas akan diambil kepada individu sengaja menggugat ketenteraman serta keselamatan awam.

Advertisement

 

Sumber: Bernama

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel