Connect with us

Terkini

Tular Nama Ahmad Maslan Disebut Sebagai Bakal Menteri Kewangan II ?

Senarai nama barisan Kabinet dan pengumuman pembentukan Kabinet baharu Kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang tular di media sosial dilihat sebagai spekulasi yang tidak mempunyai kebenaran.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, beliau juga terkena tempias apabila namanya diletakkan sebagai Menteri Kewangan II dan Menteri Jabatan Perdana Menteri bagi tugas- tugas khas dalam senarai nama Kabinet baharu yang tular itu, lapor Sinar Harian.



“Apa yang ditularkan di media sosial itu sudah beberapa siri. Ada siri dengan gambar menteri dan nama menteri.

“Itu hanya spekulasi yang saya lihat langsung tiada kebenarannya walaupun dalam spekulasi itu ada nama saya, dua kali saya disebut sebagai Menteri Kewangan II dan terbaharu sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri bagi tugas- tugas khas,” katanya.

Advertisement

Beliau berkata demikian ketika mengadakan pertemuan dengan Pengarah Hospital Pontian, Dr Iszaid Idris di sini hari ini.


Terdahulu tular senarai nama Kabinet baharu dan pengumuman pembentukan Kabinet baharu kerajaan Perikatan Nasional sejak beberapa minggu lalu.

Senarai nama Kabinet baharu yang tular itu turut meletakkan perkataan embargo dan tarikh pengumuman barisan Kabinet baharu PN.

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel