Friday, December 12, 2025

Angkat Politik Nilai: PKR Terbuka Kerjasama Dengan mana-mana parti politik – Anwar Ibrahim

October 27, 2020
1 min read

KUALA LUMPUR – Parti Keadilan Rakyat (PKR) sedia bekerjasama dengan mana-mana ahli politik yang mahukan sebuah sistem bebas daripada rasuah dan penyalahgunaan kuasa serta mengangkat politik nilai.



Presidennya Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata parti itu akan terus memperjuangkan agenda reformasi berpaksikan prinsip keadilan dan kesejahteraan untuk seluruh rakyat Malaysia.

“Bersabit dengan Belanjawan 2021, ia harus menggembleng usaha dan peranan kedua-dua pihak (bipartisan) iaitu kerajaan dan pembangkang dalam merencana strategi yang ampuh bagi menangani pandemik COVID-19, pengangguran dan masalah kemiskinan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, beliau berkata peringatan dan penegasan Raja-Raja Melayu berkaitan dengan penyalahgunaan kuasa dan prinsip keadilan tidak harus dipandang enteng, malah harus didukung oleh semua pihak yang mempunyai kesedaran dan kejituan dalam menolak kebobrokan (kemusnahan).


Jelasnya, sebarang usaha mengembalikan mandat rakyat mestilah berpaksikan keutamaan mempertahankan maruah bangsa dan negara tanpa menggadaikan prinsip perjuangan dan idealisme.

“Saya mengambil maklum perkembangan politik negara yang berlaku mutakhir ini. Saya menzahirkan kesyukuran ke atas keprihatinan Raja-Raja Melayu mempertahankan keluhuran perlembagaan,” katanya.

— BERNAMA

HANGAT MINGGU INI

Mahkamah Tolak Saman Pemula Anwar Cabar Pelaksanaan Akta MKN

Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur menolak saman pemula difailkan Presiden PKR Datuk

”Persetujuan Bersama Dicapai..” – Anwar, Mat Sabu, Guan Eng Bertemu Ismail Sabri

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan bahawa persetujuan bersama telah dicapai