Connect with us

Pilihan Editor

Kenyataan Saya Diputar Belit, Kata Tun Mahathir

KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata kenyataan di media sosialnya pada Khamis bahawa orang Islam mempunyai hak ‘membunuh berjuta-juta orang Perancis’ telah diambil di luar konteks dan disalahtafsirkan.

Mereka yang melakukannya hanya mengambil satu bahagian daripada perenggan 12 iaitu: “Orang Islam berhak untuk marah dan membunuh berjuta-juta orang Perancis kerana pembunuhan pada masa lalu, ”



“Mereka berhenti di situ dan memberi gambaran bahawa saya menggalakkan pembunuhan orang Perancis,” menurut beliau dalam blognya hari ini.

“Sekiranya mereka membaca tulisan itu secara keseluruhan dan terutama ayat berikutnya: ‘Tetapi pada umumnya orang-orang Islam tidak mengamalkan undang-undang “hutang darah dibayar darah”. Orang Islam tidak berbuat demikian. Orang Perancis (juga) tidak seharusnya. Malah Perancis seharusnya mengajar rakyatnya menghormati perasaan orang lain,” jelas Dr Mahathir.

Advertisement

Pemimpin berusia 95 tahun itu berkata kerana penyampaian di luar konteks oleh pihak yang mengambil catatannya, laporan dibuat terhadapnya dan beliau dituduh menggalakkan keganasan.

Beliau berkata Facebook dan Twitter kemudian meminta pentadbir akaun Facebook dan Twitternya supaya menarik balik catatan tersebut, walaupun terdapat usaha untuk menjelaskan konteks kenyataan tersebut, catatan itu dipadamka

“Tidak ada apa yang dapat saya lakukan dengan keputusan Facebook dan Twitter untuk memadam catatan saya itu. Pada fikiran saya, kerana mereka adalah penyedia kebebasan bersuara, mereka sekurang-kurangnya mestilah membenarkan saya menjelaskan dan mempertahankan kedudukan saya,” katanya.

Beliau berkata itulah kebebasan bersuara bagi mereka.

Advertisement

— BERNAMA

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel