Connect with us

Terkini

Tular Motorsikal Terbakar, Lelaki Orang Asli Ini Dapat Hadiah Motosikal Baharu Dari Ebit Lew

Bila disebut nama Ebit Lew, ramai mengenali insan hebat ini yang tidak pernah memberi bantuan kepada manusia yang memerlukan walau di ceruk mana pun mereka berada.

Malah, bantuan yang dikirimkan beliau tidak mengira perbezaan agama, warna kulit mahu pun taraf kehidupan. Selagi terdaya, selagi itu beliau akan turun membantu.


Advertisement

Menerusi perkongsian terbaharu, Ebit Lew tampil menghadiahkan motosikal buat satu keluarga daif yang pernah menyentuh hati ramai apabila motosikal mereka terbakar ketika dalam perjalanan meminta bantuan.

Dalam kejadian tersebut, tiga beranak Orang Asli di Johor itu menaiki motosikal sebelum ianya terbakar dan menjadi tular di media sosial.

Difahamkan kejadian berpunca apabila motosikal yang ditunggang oleh bapa bersama dua anak lelakinya itu mengeluarkan percikan api di bahagian enjin, selain mereka tersesat jalan ketika dalam perjalanan.

Sebak rasa baca pasal abang oku bersama dua anaknya perlu bantuan di Johor dan motor terbakar dalam perjalanan.

Abang polis Johor cuba bantu beliau masa tu. Terima kasih polis Johor bersama saya hari ini. Syukur ramai datang bantu.

Advertisement

Hari ini saya belikan motor baru hadiahkan untuk abang ini serta sedikit duit belanja. Kami juga bawa barang dapur untuk 84 keluarga disitu. Beras dan barang dapur dari Elewsmart.

Sedih rasa bila Tok Batin tadi ucap terima kasih dan semua orang kampung situ kenal ajak bergambar. Allah tentukan dapat jumpa abang tadi. Comel jer anak-anak kecilnya.

Ramai orang kampung situ ulang kali cakap terima kaseh walau cuma bantuan makanan untuk semua. Syukur banyak pihak ada hantar bantuan buat keluarga ini.

Sumber: Ebit Lew

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel