Connect with us

Terkini

Anggota PGA Maut Ditembak – Ketua Polis Negara

KUALA LUMPUR, 24 Nov – Seorang anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) yang bertugas di sempadan Malaysia-Thailand maut dipercayai ditembak, awal pagi tadi.



Tanpa mendedahkan butiran lanjut kejadian itu, Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador ketika dihubungi Bernama mengesahkan kejadian berkenaan.

“Ya, saya sahkan kejadian (anggota PGA maut ditembak) dan saya sedang dalam perjalanan ke sana (Perlis) untuk meninjau keadaan anggota PGA terlibat,” katanya ringkas kepada Bernama.

Advertisement

Dalam pada itu, Bernama difahamkan satu sidang media akan diadakan polis Perlis berhubung kejadian berkenaan.

— BERNAMA

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel