Connect with us

Terkini

LTTE 2.0 Ugut tembak KPN: ‘Kita Akan Tangkap Dan Hapuskan Mereka’ – Hamzah

Semua kumpulan pengganas termasuk Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE) akan ditentang habis-habisan dan dihapuskan daripada terus wujud di negara ini, kata Menteri Dalam Negeri Hamzah Zainudin.

Hamzah yang juga Ahli Parlimen Larut menegaskan, untuk itu kerajaan akan menggunakan pelbagai peruntukan undang-undang yang ada seperti Akta Pencegahan Jenayah (Poca) 1959 dan Akta Kesalahan Khas (Langkah-langkah Khas) 2012 atau lebih dikenali sebagai Sosma.



Mengulas mengenai laporan media bahawa ada seorang lelaki – mendakwa dirinya ketua komander LTTE 2.0 – mengugut mahu menembak mati Ketua Polis Negara Abdul Hamid Bador, Hamzah berkata tindakan sewajarnya akan diambil.

“Kenapa berani sangat nak ugut? Negara kita ada undang-undang kalau (kumpulan pengganas) katakan mereka bebas lakukan segalanya. Kumpulan ini (LTTE) masih tersenarai sebagai kumpulan pengganas dalam negara kita.

Advertisement

“Kita akan tangkap dan hapuskan mereka daripada begitu sewenang-wenangnya melakukan apa mereka nak lakukan dalam negara kita,” katanya dalam sidang media selepas menyampaikan bantuan banjir kepada penduduk Parlimen Larut hari ini.

Selain mengugut akan menembak mati Ketua Polis Negara, suspek juga menghantar e-mel kepada media mendakwa dia akan menyerang Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bukit Aman dan Kementerian Pertahanan.


Hamzah dalam pada itu menasihati PDRM supaya berhati-hati dan meminta rakyat agar tidak risau kerana pihak polis di seluruh negara akan bertugas memastikan keselamatan mereka.

– Bernama

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel