Connect with us

Kemalangan

Mayat Naib Ketua Armada Bersatu Ditemukan Lemas Di Tanjung Balau

JOHOR BAHRU – Mayat Naib Ketua Armada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Kota Tinggi, ditemukan lemas di pantai Tanjung Balau, Kota Tinggi, hari ini.

Mangsa Mohd Zulfikrie Buang, 24, dilaporkan tergelincir dari perancah ketika sedang melakukan kerja-kerja membaiki Jeti Tanjung Balau di Bandar Penawar petang semalam.



Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Penawar, PPgB Mohd Fadli Ismail berkata mayat Mohd Zulfikrie ditemukan pada 3 petang tadi, dalam anggaran 500 meter dari lokasi mangsa dilaporkan hilang.

“Mayat mangsa telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

Advertisement

“Dengan penemuan mayat ini operasi mencari dan menyelamat (SAR) yang memasuki hari kedua hari ini ditamatkan pada 4.15 petang,” kata beliau dalam kenyataan di sini, malam ini.

Pagi tadi, pihak bomba memaklumkan  operasi SAR mangsa diteruskan selepas operasi pada hari sebelumnya gagal menemui sebarang petunjuk.

Operasi ditumpukan di kawasan pinggir pantai Jeti  Nelayan Tanjung Balau, Jeti Challet Tanjung Balau dan Pantai Tanjung Balau dengan dibantu anggota Polis Diraja Malaysia, Angkatan pertahanan Awam dan Kementerian Kesihatan Malaysia.

Sementara itu, Armada Kota Tinggi dalam kenyataan yang dimuat naik di Facebook rasmi parti mengesahkan kejadian yang menimpa Mohd Zulfikrie itu.

“Mohon sedekahkan Al-Fatihah untuk Naib Ketua Armada Bersatu Bahagian Kota Tinggi, Mohd Zulfikrie Buang yang telah ditemui lemas di Pantai Tanjung Balau, petang tadi. Semoga arwah ditempatkan bersama orang-orang yang beriman,” menurut kenyataan itu.

Advertisement


Barisan kepimpinan Armada Bersatu Bahagian Kota Tinggi turut menzahirkan ucapan takziah kepada ahli keluarga Mohd Zulfikrie dan turut menyatakan perjuangan arwah untuk masyarakat akan diteruskan parti.

— BERNAMA

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel