Connect with us

Politik

Ahli Parlimen Kimanis Nafi Beri Sokongan Kepada Anwar

KOTA KINABALU – Ahli Parlimen Kimanis Datuk Mohamad Alamin menyangkal dakwaan bahawa beliau ‘sebahagian’ daripada wakil rakyat UMNO, yang menandatangani akuan bersumpah (SD) menyokong Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.



Mohamad berkata perkara tersebut (akuan bersumpah) adalah tidak benar sama sekali, dan sebagai seorang peguam beliau faham akan kesan dan niat sesuatu SD itu dibuat.

“Saya ingin menyatakan seperti berikut, bahawa saya menafikan telah menandatangani SD dengan niat menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri,” katanya menerusi kenyataan media, di sini malam ini.

Penafian itu dibuat berikutan laporan sebuah televisyen swasta hari ini mendakwa Presiden PKR itu telah meraih SD, dalam kalangan ahli parlimen termasuk 10 daripadanya adalah dari UMNO.

Advertisement


Sebelum ini, Ahli Parlimen Kinabatangan merangkap Pengerusi Perhubungan UMNO Sabah Datuk Seri Bung Moktar Radin, turut menyangkal dakwaan yang sama.

–BERNAMA

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel