Connect with us

Kemalangan

[VIDEO] Gara-Gara Terlanggar Lubang, Penghantar Makanan Meninggal Dunia Di Damansara

Kes kemalangan akibat struktur jalan raya yang tidak rata serta berlubang seringkali mendedahkan penunggang motosikal kepada bahaya.



Terbaru, seorang penghantar makanan meninggal dunia selepas motosikal ditunggang melanggar lopak di bahu jalan sebelum terjatuh dalam kemalangan di Jalan PJU 7/2, di Mutiara Damansara berhampiran The Curve hari ini.


Video berdurasi kurang dari seminit ini dirakam secara langsung selepas kemalangan berlaku.

Advertisement

Penunggang motosikal itu dilihat terbaring di tepi jalan menunggu bantuan sampai. Mangsa berusia 31 tahun berasal dari Kampung Cempaka terlanggar lubang di bahu jalan sebelum hilang kawalan dan terbabas di lorong kiri jalan.

Kejadian dipercayai berlaku pada 1.15 tengah hari ketika mangsa sedang dalam perjalanan menghantar makanan.

Kejadian ini adalah kejadian kedua dalam tempoh dua hari berturut-turut yang menyebabkan penunggang motosikal maut akibat terlanggar lopak di jalan raya.

Mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecedaraan parah.

Advertisement

 

Di ruangan komen, rata-rata meminta agar pihak berwajib melakukan tindakan agar perkara ini tidak berulang kembali.

Sumber : DavidHarian Metro

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel