Connect with us

Terkini

Mayat Suami Hanyut Selepas Selamatkan Isteri Hamil Ditemui

Usaha mencari seorang lelaki yang dikenali sebagai Md Rajihan Junaidi, akhirnya sudah berakhir apabila mayat mangsa ditemui lemas di Batu 18, Jalan Kluang-Mersing, semalam.

Menerusi laporan Berita Harian, mayat Md Rajihan, ditemui kira-kira 15 meter dari lokasi keretanya ditemui.



Mayat kemudiannya diserahkan kepada pihak polis sebelum dirujuk ke Hospital Enche Besar Hajjah Khalsom Kluang untuk proses bedah siasat.

Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kluang, Penolong Penguasa Bomba iaitu Akob Sedek, jenazah mangsa telah berjaya dikesan oleh ahli keluarganya yang turut berada di lokasi penemuan. Tambah Akob, isteri mangsa yang mengandung enam bulan itu turut mengiringi jenazah ke hospital.


Terdahulu, mangsa dipercayai telah bertindak meredah air sebelum kereta jenis Proton Waja yang dinaiki mereka dibawa arus banjir. Mangsa kemudian telah memecahkan cermin kereta untuk mengeluarkan isterinya, Khairunnisa Ibrahim yang terkunci di dalam kenderaan berkenaan. Difahamkan, Khairunnisa sedang sarat hamil enam bulan. Namun begitu, isteri mangsa akhirnya berjaya diselamatkan oleh orang awam sementara mangsa telah hanyut dibawa arus deras.

Advertisement

Sumber: Berita Harian

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel