Connect with us

Terkini

Bayi Lelaki Berusia 50 Hari Cedera Parah Digigit Kera

BUTTERWORTH, 11 Jan (Bernama) — Seorang bayi lelaki berusia 50 hari cedera parah akibat digigit kera jantan dewasa dalam kejadian di Kampung Manggis, Sungai Puyu di sini, Sabtu lepas.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara SPU ACP Noorzainy Mohd Noor berkata dalam kejadian pukul 2.15 petang itu, bayi tersebut baru bangun dari tidur dan berada di ruang tamu rumahnya manakala ibu dan neneknya berada di dapur.



Katanya ketika kejadian, semua tingkap jenis nako dan pintu rumah kampung itu tertutup manakala ibu serta nenek mangsa yang berada di dalam rumah berkenaan sedang membancuh susu dan memasak di dapur. Sementara ayahnya baru keluar ke kedai runcit berdekatan.

“Ibu bayi itu terkejut setelah tiba-tiba mendengar tangisan kuat bayinya dan terus meluru ke ruang tamu, sebelum mendapati bayinya sudah berlumuran darah dan dipercayai diseret kira-kira satu meter dari tilamnya. Seekor kera jantan didapati terus keluar menerusi pintu (rumah),” katanya kepada Bernama hari ini.

Advertisement

Katanya, ibu mangsa terus menghubungi suaminya memaklumkan kejadian yang menimpa anak sulungnya itu dan pemeriksaan awal mendapati terdapat kesan gigitan di kepala, perut dan pipi bayi berkenaan, sebelum mangsa dikejarkan ke Hospital Seberang Jaya (HSJ) untuk rawatan.

Noorzainy berkata bayi itu, kemudiannya dipindahkan ke Hospital Pulau Pinang(HPP) pada 10, hari yang sama dan telah menjalani pembedahan kecil di bahagian perut, pagi semalam.

“Tiada kecederaan serius (usus pecah), doktor memaklumkan pembedahan hanya untuk mencantumkan bahagian kulit perut yang cedera akibat gigitan kera dan mangsa akan dipantau doktor sekurang-kurangnya untuk dua minggu,” katanya.


Katanya, siasatan awal mendapati kera jantan dewasa yang bergerak sendirian itu sering berkeliaran di kawasan perkampungan itu dan ini merupakan kejadian serangan pertama haiwan tersebut yang menyebabkan kecederaan parah kepada manusia.

“Polis telah membuat aduan kepada Jabatan Perhilitan untuk menangkap haiwan berkenaan,” katanya.

Advertisement

Sumber: BERNAMA

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel