Connect with us

Terkini

[VIDEO] ‘Nak Beli Kereta Proton Satria Neo’ – Dari Perak Ke Melaka Naik Bas Nak Beli Kereta, Sekali Kena Tipu RM9k Dengan Scammer

Tular di media sosial, seorang pengguna aplikasi TikTok dikenali sebagai Lia Shukery, menceritakan pengalaman abangnya yang ditipu ketika membeli kereta.

Perkongsian tersebut telah menarik perhatian warganet yang turut bersimpati dengan nasib yang menimpa adik beradik ini.

@liashukerymohon keluar fyp 😭 , harap orang ramai tidak mudah ditipu 😭 #fyp #fypシ #fypppppppp #fypage #scammermalaysia #fyp #fypthis #fyp #fypppppppp♬ original sound – lia




Menerusi video TikTok yang dimuat naik oleh gadis tersebut, menceritakan perjalanan mereka dari Perak menuju ke Melaka atas tujuan ingin membeli sebuah kereta Proton Satria Neo.

Mereka berdua ketika itu hanya menaiki bas persiaran bagi membeli kereta tersebut.

Advertisement

Bagaimanapun, hasrat abangnya untuk membuat kejutan terhadap isteri tidak kesampaian apabila mereka menjadi mangsa penipuan seorang lelaki yang tidak bertanggungjawab.

Kisahnya bermula, apabila abangnya membuat bayaran sebanyak RM9k tunai kepada ‘pemilik’ kereta tersebut setelah berpuas hati dengan kenderaan tersebut.

Tetapi setelah bayaran dibuat, ‘pemilik’ kenderaan itu seolah-olah cuba melarikan diri dengan memberikan pelbagai alasan.

Dia (pemilik kereta) memberikan alasan ingin menyelesaikan urusan berkaitan Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (PUSPAKOM) terlebih dahulu sebelum kenderaan tersebut diserahkan kepada mereka.

Rupa-rupanya itu adalah muslihat yang digunakan olehnya untuk melarikan diri.

Advertisement

Cemas dengan apa yang terjadi mereka ketika itu, cuba menghubungi pihak bengkel tersebut, namun jawapan pemilik bengkel tersebut membuat mereka berdua terkedu kerana duit tersebut telah diberikan kepada orang yang salah.

Susulan daripada itu, mereka berdua tampil membuat laporan polis berhubung apa yang telah terjadi. Adik beradik ini pulang semula ke Perak dengan rasa kecewa yang teramat mendalam apabila duit tersebut lesap, ditambah pula kereta pun tidak dapat.

@liashukeryReply to @geminiice85 lia dah bagi detail , lokasi tu dia tak menetap kata sarjan . lia takde masa nak reka cerita demi CONTENT !♬ original sound – lia


Menerusi laporan polis yang dibuat, abangnya menceritakan semua yang telah terjadi kepada pihak polis.

Jelas video tersebut, scammer itu telah bertindak menipu kepada adik beradik ini dengan menyatakan kereta dan bengkel tersebut merupakan miliknya, pada hakikatnya perkara tersebut adalah tidak benar sama sekali.

Perkara tersebut telah diceritakan kepada pemilik asal bengkel tersebut, namun kereta itu tidak dapat diberikan berikutan mereka telah membayar kepada orang yang salah.

Advertisement

Ketika sesi mencuba kereta tersebut, pemilik asal kereta tersebut berada di dalam pejabat bengkel tersebut. Namun, scammer tersebut lebih pantas dan bijak dengan mengaku bahawa dia adalah pemilik asal kepada kereta terbabit.

Di penghujung video, dia sempat memberikan nasihat kepada orang ramai supaya lebih berhati-hati dalam proses membeli kereta terpakai.

Sumber: Lia Shukery

 

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel