Connect with us

Terkini

Dua Mangsa Nahas Sriwijaya Air Guna Identiti Orang Lain Bakal Berkahwin

Jakarta: Dua mangsa nahas pesawat Sriwijaya Air dipercayai menggunakan identiti individu lain ketika membeli tiket penerbangan.

Kompas melaporkan, hasil maklumat yang diperoleh dari media sosial, kedua-dua mangsa juga dikatakan merancang untuk melangsungkan perkahwinan.


Kedua-dua mangsa menggunakan identiti Felix Wenggo dan Sarah Beatrice Alomau dengan tempat duduk bernombor 17 dan 18.

Mereka dipercayai meminjam kad pengenalan diri rakan masing-masing untuk menaiki pesawat itu.

Advertisement

Wakil keluarga mangsa, Benediktus Beke berkata, identiti sebenar mangsa dikenali sebagai Teofilus Lau Ura dan Selvin Daro.

“Mereka berangkat ke Pontianak dengan menggunakan identiti orang lain,” katanya kepada Kompas.

Menurutnya, pasangan itu berhasrat untuk mendirikan rumah tangga dan pergi ke Pontianak untuk mencari pekerjaan.

“Mereka akan bernikah dalam waktu terdekat. Tetapi, Teofilus diberhentikan kerja di Jakarta dan kedua-duanya membuat keputusan untuk ke Pontianak.



“Mereka terpaksa menggunakan identiti orang lain kerana tidak mempunyai wang selepas hilang pekerjaan,” katanya.

Advertisement

Menurutnya, pihaknya berharap jenazah kedua-dua mangsa dapat ditemukan.

“Dalam keadaan apa pun, kami anggap ia adalah musibah,” katanya. – Agensi

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel