Connect with us

Terkini

Kematian Yang Dicemburui, Ratusan Penduduk Mengiringi Allahyarham Syekh Ali Jaber, Beri Penghormatan Buat Kali Terakhir

Semalam, umat Islam telah kehilangan pendakwah dan juga ahli ulama terkenal Indonesia iaitu Syekh Ali Jaber . Jenazah Allahyarham Syekh Ali Jaber selamat dikebumikan di Pondok Pesantren Darul Quran Tangerang petang semalam.

Ratusan orang memberi penghormatan terakhir buat beliau sehinggakan pihak polis terpaksa masuk campur bagi mengawal lalu lintas serta penjarakkan sosial.



Orang ramai sanggup menunggu di tepi bahu jalan raya untuk mengiringi Syekh Ali Jaber ke tanah perkuburan ketika melintasi Jalan Pemuda, Pulogadung, Jakarta semalam. Allahyarham Syekh Ali Jaber dihantar ke Sekolah Berasrama Islam Daarul Quran, Cipondoh, Tangerang untuk dibumikan. Semasa dalam perjalanan, para penduduk dilihat sanggup memberhentikan kereta malah menunggu untuk memberi penghormatan terakhir.

Keadaan ini menyebabkan pihak polis terpaksa masuk campur dan menghalang orang ramai agar tidak berkumpul. Walau bagaimanapun, orang ramai tidak dibenarkan masuk ke rumah Allahyarham kerana polis tidak membenarkan selain ahli keluarga, rakan terdekat dan media-media untuk melihat Allahyarham dimandikan serta dikebumikan.

Advertisement

Malah, menerusi portal sindonews, Prof Arif Rachman iaitu bapa mertua Syekh Ali Jaber (kiri) bersama saudara-mara mengalami kesukaran memasuki kawasan Rumah Pemakaman, di Perumahan Taman Berdikari Sentosa. Orang ramai dilihar berpusu-pusu ingin melihat Allahyarham buat kali terakhir menyebabkan pihak keluarga sukar memasuki kawasan rumah pengebumian. Mereka terpaksa menghentikan kereta di luar kawasan tersebut dan menaiki motosikal untuk masuk ke tempat pengebumian.

 

Advertisement

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Yusuf Mansur (@yusufmansurnew)


Sumber : sindonews,  ifranhakim

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel