Connect with us

Terkini

‘Saya Tidak Berniat Hina Sesiapa’ – Ahmad Maslan Mohon Maaf Kepada Pihak Yang Terkilan Dengan Dirinya

Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Ahmad Maslan memohon maaf kepada mana-mana pihak yang terkilan dengan kenyataan beliau sebelum ini.

Katanya, bukan sifat beliau untuk menghina mana-mana individu dan sedar asal usul dirinya.



“Ya benar, saya minta maaf kepada pihak yang terkilan terhadap saya. Bukan perangai saya untuk rendahkan orang lain. Bererti itu bukan disengajakan.

“Berbahas di Dewan Rakyat itu lain. Pun saya tak pernah hina mereka. Saya dilahir dalam keluarga miskin, anak penoreh. Bukan sifat saya hina orang,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Advertisement

Sebelum ini, kenyataan Ahli Parlimen Pontian itu mengenai hanya pemegang Ijazah Kedoktoran (PhD) yang memahami keperluan untuk mengadakan Pilihan Raya Umum (PRU) secepat mungkin disensasikan di media sosial.

Malah beliau juga memohon maaf, di mana menurut Ahmad, beliau tidak berniat menghina sesiapa kerana pemegang PhD dimaksudkan adalah merujuk kepada panel dalam forum siaran langsung di Facebook Umno

“Saya maksudkan lulusan #UIA (Universiti Islam Antarabangsa) itu YB Zaidi (Ahli Dewan Undangan Negeri Slim, Mohd Zaidi Aziz), tangan saya tunjuk kepada beliau.


“Ada PhD itu Dr Baha (Prof Madya Dr Baharuddin Aziz), tangan saya tunjuk kepada beliau pula. Dua ahli panel dalam forum. Contoh-contoh spesifik spontan tanpa niat menghina sesiapa, saya mohon maaf,” katanya dalam ciapan di Twitternya.

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel