Connect with us

Terkini

36 Pelajar SPM, STPM Di Sabah Positif Covid-19

Menerusi laporan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) kes Covid-19 di Malaysia, mencatatkan peningkatan yang mendadak. Malahan, sehingga semalam kes aktif Covid-19 mencatatkan sebanyak 41,087. Manakala bagi rekod kematian melibatkan pesakit Covid-19 adalah sebanyak 630 kematian sejak Mac yang lalu.



Terbaru lapor Harian Metro, 36 pelajar di Kota Kinabalu, Sabah, telah disahkan dijangkiti Covid-19 hasil ujian saringan yang dilakukan.

Difahamkan, 36 pelajar itu merupakan pelajar yang bakal mengambil peperiksaan awam iaitu Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM). Menurut Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan merangkap Menteri Kewangan II Sabah, Datuk Masidi Manjun, kesemua mereka yang disahkan positif adalah susulan kebenaran kembali pulang ke asrama sejak 16 Januari yang lalu.

Walau bagaimanapun, pelajar yang telah disahkan positif Covid-19 masih boleh menjalani proses pembelajaran ketika tempoh kuarantin bermula.

Advertisement

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah menyediakan perkhidmatan internet di setiap Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Risiko Rendah (PKRC) di seluruh negeri. Pelajar yang menjalani rawatan dan tempoh kuarantin boleh menggunakan perkhidmatan ini untuk menjalankan sesi pembelajaran atas talian.

Terdahulu, pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah menangguhkan peperiksaan SPM dan STPM dan dianjak kepada Februari 2021 berikutan wabak Covid-19 yang melanda.


Sumber: Harian Metro

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel