Connect with us

Terkini

Dr M Tak Setuju Kuarantin Di Rumah

PUTRAJAYA: Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, langkah Kementerian Kesihatan melaksanakan kuarantin di rumah bagi pesakit Covid-19 tidak sesuai walaupun keadaan pesakit itu tidak membimbangkan.

Perkara itu berdasarkan pengalaman yang terjadi dalam kalangan keluarga beliau sendiri sehingga berlaku kes jangkitan kepada ahli keluarga lain dalam rumah yang sama.



Menurut beliau, keadaan pesakit itu ketika di rumah menjadi semakin teruk sehingga sukar bernafas, dan barulah dia dimasukkan ke hospital.

“Saya percaya ia tidak dapat dimasukkan ke hospital awal kerana jumlah yang dijangkiti terlalu ramai. Tiap hari 4,000 dikesan.

Advertisement

“Namun demikian, jika pesakit berada di rumah, ahli keluarga akan dijangkiti. Maka lebih ramailah yang terjangkit. Sepatutnya mereka dimasukkan ke dalam kuarantin berasingan dari keluarga,” katanya menerusi blog beliau hari ini.

Bekas Perdana Menter itu berpendapat, jika selepas sekian lama pesakit mungkin sembuh atau perlu dirawat dalam hospital dan setelah didapati tidak ada jangkitan maka bolehlah balik ke rumah.

Namun, kata beliau, tempat kuarantin pesakit Covid-19 juga hendaklah sesuai.

Ini kerana, katanya, dari gambar yang diperoleh, katil-katil terlalu dekat dan apabila ada lawatan pembesar, pesakit akan berkumpul sekali gus akan menyebabkan jangkitan merebak.

“Sesungguhnya ada banyak cara dan amalan yang boleh kurangkan jumlah jangkitan. Diharap doktor-doktor pakar dapat berbincang dengan pegawai kerajaan.

Advertisement


“Khidmat Pengarah Kesihatan amat dihargai. Tetapi wabak ini agak terlalu besar untuk ditangani oleh seorang sahaja,” katanya.

Sumber: Utusan Malaysia

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel