Connect with us

Terkini

[VIDEO] Pilu, Wanita Ini Lahirkan Anak Kembar 4 Seorang Diri Sebelum Semuanya Disahkan Meninggal Dunia

Di media sosial tular satu video, di mana seorang ibu melahirkan empat bayi kembar secara bersendirian. Kejadian tersebut berlaku pada Khamis yang lalu, di Madura, Jawa Timur Indonesia.

Namun, apa yang lebih menyedihkan apabila keempat-empat bayi yang telah dilahirkan itu disahkan meninggal dunia.



Wanita itu melahirkan keempat-empat anaknya tanpa bantuan sebarang bidan mahupun doktor. Difahamkan, tiga daripada empat anaknya merupakan lelaki dan seorang perempuan.

Pada mulanya, hanya dua bayinya yang meninggal dunia, namun selepas empat jam dua bayinya yang lain turut meninggal dunia.

Advertisement

Malahan, wanita ‘cekal’ itu melahirkan anak secara normal di rumahnya sendiri.

Jelas salah seorang penduduk kampung di situ, ini merupakan kali pertama kejadian seumpama ini berlaku.


“Baru kali ini terjadi di desa kami seorang ibu,  melahirkan 4 bayi sekali gus.”

Malahan, ada juga yang mendakwa, punca kematian bayi tersebut adalah disebabkan wanita itu beranak secara bersendirian tanpa bantuan pasukan doktor mahupun bidan.

Advertisement

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel