Connect with us

Terkini

Lagu Nyanyian Mawi & AC Mizal Dilabel ‘Kepala Hotak’ Oleh Seorang Pendakwah

Seorang pendakwah menggelarkan lagu nyanyian Mawi dan Datuk AC Mizal iaitu berjudul Al-Haq sebagai ‘Lagu Kepala Hotak’ dalam sebuah tazkirah yang disampaikannya.

Kecaman ini dikongsikan Mawi sendiri di Instagram miliknya dengan kapsyen ‘Lagu Kepala Hotak’ di mana pendakwah terbabit telah mengkritik lagu Al-Haq nyanyian Mawi bersama Datuk AC Mizal.

Pendakwah itu dipercayai mengkritik sewaktu melakukan ceramah dan telah menggelar lagu tersebut sebagai lagu ‘Kepala Hotak’ kerana berpendapat cara meminta pengampunan dalam bentuk rap agak kurang ajar.

 

View this post on Instagram

 

Advertisement

A post shared by MAWI @ZAYAN.MY (@cahayaasmawi)


“Kita semua ada pendapat masing-masing. Saya tak tolak pendapat sesiapa sahaja dalam mengkritik lagu atau apa-apa sahaja. Bagi saya, kita raikan semua pendapat dan dalam masa sama sebenarnya kita boleh belajar sebab ilmu seseorang boleh dikatakan lain-lain bidang.”



“Orang yang pakar dalam bidang ini pendapatnya begini, manakala orang seni pendapatnya begini. Jadi kita raikan semua pendapat. Alhamdulillah lagu itu diterima ramai. Malah kami banyak dapat komen positif. Jadi saya akan teruskan berkarya buat lagu dan filem macam biasa.”, kata Mawi kepada Harian Metro.

Lagu Al-Haq itu bagaimanapun telah dikeluarkan sejak tahun 2013 lagi dan telah mendapat tontonan hampir 8 juta di Youtube.

Setiap orang ada cara berdakwahnya tersendiri asalkan ia membawa ke jalan yang benar dan tidak menyesatkan. Semoga apa yang berlaku ini menjadi pengajaran kepada kita semua.

Advertisement

Sumber: Harian Metro | cahayaasmawi

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel