Wednesday, December 10, 2025

‘Tidak Halang Program Bantuan Ebit Lew Tapi Demi keselamatan’ – Pesuruhjaya Polis Sabah

February 3, 2021
1 min read

Terdahulu pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Lew menerusi sebuah postingnya di laman Facebook memohon maaf kepada penduduk di Semporna, Sabah kerana terpaksa menghentikan misi bantuan ke sana disebabkan faktor tertentu.

Menurutnya, dia boleh dikenakan denda sehingga RM100k atau penjara sekiranya meneruskan misi tersebut.



Terbaru, menerusi laporan Astro Awani, pihak Pesuruhjaya Polis Sabah memberi respon bahawa mereka tidak melarang untuk Ebit Lew dan pasukan sukarelawan menganjurkan aktiviti kebajikan itu.

Pesuruhjaya Polis Sabah iaitu Datuk Hazani Ghazali memaklumkan pihak polis tidak pernah menghalang atau mengeluarkan arahan untuk menghentikan program misi bantuan yang dianjurkan Ebit Lew itu.

Bagaimanapun, Ebit Lew digalakkan untuk merujuk kepada pihak polis dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) terlebih dahulu atas faktor keselamatan.

“Polis atau Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) tidak pernah menghalang atau mengeluarkan sebarang arahan untuk menghentikan program Ustas Ebit Lew di kawasan itu.”

“Kita tidak pernah mengeluarkan sebarang arahan atau tindakan untuk menghalang program yang dianjurkan oleh pihak sukarelawan seperti Ustaz Ebit Lew.”

“Bagaimanapun, mereka digalakkan untuk merujuk dengan pihak berkuasa seperti polis dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) terlebih dahulu atas faktor keselamatan semata-mata.”

Tambahnya lagi, pihak polis mengalu-alukan kerjasama mana-mana badan bukan kerajaan (NGO) untuk menganjurkan program amal kebajikan bagi membantu golongan yang memerlukan.

“Ada juga kenyataan yang ditularkan di media sosial mengaitkan Perintah Berkurung dikuatkuasakan meliputi perairan Tawau, Semporna, Kunak, Lahad Datu, Kinabatangan, Sandakan dan Beluran. Perintah berkenaan dikeluarkan adalah bagi memastikan kawasan perairan berkenaan tidak diceroboh pengganas yang mengancam keselamatan dan kesejahteraan rakyat Sabah.”

“Ia tidak kena-mengena dengan program yang dianjurkan sukarelawan atau pihak NGO di mana-mana kawasan di negeri ini. Cuma kita minta beliau rujuk dengan pihak berwajib adalah bagi mengenal pasti status pulau dan penduduk terbabit.”


Sumber: Astro Awani

The following two tabs change content below.

HANGAT MINGGU INI

Sebak Ziarah Keluarga Allahyarham Zulfarhan, Ebit Lew Hadiahkan Tiket Dan Pakej Umrah

Berita mengenai bekas pelajar Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Allahyarham Zulfarhan Osman

Nafi Dakwaan Cuba Tutup Kes Ebit Lew, Polis Kata Isu Gangguan Seksual Masih Disiasat

Berhubung isu gangguan seksual membabitkan pendakwah popular Ebit Lew, polis menegaskan pihaknya