Connect with us

Terkini

Penduduk Semporna Dedah ‘Bahaya’ Sebenar Di Kawasan Ebit Lew Hantar Bantuan, Boleh Hilang Diculik Sekelip Mata

Terdahulu dilaporkan pendakwah bebas terkenal, Ustaz Ebit Lew (UEL) terpaksa menghentikan misi bantuan ke kepada penduduk di Semporna, Sabah.

Menurut Pesuruhjaya Polis Sabah, pihak mereka tidak melarang untuk UEL menganjurkan aktiviti kebajikan itu namun haruslah dimaklumkan kepada pihak polis dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) demi keselamatan.

Susulan daripada itu seorang individu di Twitter berkongsi ‘bahaya’ yang mungkin boleh dihadapi oleh Ustaz Ebit Lew jika meneruskan misi kemanusian tersebut, malah kenyataannya itu turut disokong oleh penduduk Semporna yang lain. 

Menurut individu ini yang dipercayai penduduk di sana, kegiatan menculik di sempadan Malaysia-Filipina tersebut bukanlah perkara baru kerana terdapat beberapa kes sebelum ini yang melibatkan kumpulan Abu Sayyaf yang menyerang penduduk di situ..

Advertisement


Tambahnya lagi, kumpulan perompak itu kemungkinan mempunyai informer dari dalam yang mungkin boleh mengakibatkan Ustaz Ebit Lew dalam bahaya, lebih-lebih lagi semua tahu UEL membawa banyak bantuan. Menurut individu ini lagi, kumpulan tersebut sukar dikesan kerana rupanya seakan orang tempatan.

Individu ini turut berkongsi kisah arwah suami kawannya yang meninggal dunia dalam kejadian ngeri tersebut ketika diserang oleh kumpulan Abu Sayyaq.

Arwah suami kawannya merupakan seorang polis pernah memberitahu bahawa kumpulan tersebut hanya menunggu peluang bila-bila masa sahaja.

Tegasnya lagi, Kampung Simunul yang pernah diserang itu merupakan pekan yang selamat kerana dekat dengan balai polis. Namun, dalam tragedi berdarah pada tahun 2013, 6 anggota polis telah meninggal dunia. Di ruangan komen, rata-rata penduduk asal Semporna sokong dengan kenyataan individu ini.

Advertisement

Dalam pada itu, seorang individu yang juga merupakan penduduk Sabah kongsi pengalaman pernah bertembung dengan kumpulan ini.

Apa yang hebatnya, kumpulan ini dilihat seperti orang tempatan dan boleh bertutur bahasa Sabah dengan baik sehingga tidak dapat kenal pasti sama ada mereka orang Filipina atau bukan.

Manakala seorang lagi memberitahu kemungkinan tinggi untuk diculik adalah sangat tinggi. Walaupun ada polis mungkin akan memberi bantuan namun kumpulan tersebut sangat handal boleh menculik dalam beberapa saat sahaja menggunakan ‘pumpboat’.

Sumber : Linaklasik

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel