Connect with us

Terkini

[VIDEO] ‘Kan Dah Kena Bantai’ – Mat Motor Cuba Langgar Wanita Selepas Insiden Pertengkaran

Terkini tular satu klip video di media sosial memaparkan seorang lelaki menaiki motosikal dengan sengaja melanggar seorang wanita yang berdiri disampingnya.

Dalam video tersebut, dapat dilihat kedua-duanya seolah-olah sedang bertengkar terlebih dahulu sebelum penunggang motosikal itu melanggar beberapa kali wanita terbabit.

Menerusi video yang tular di laman Twitter itu, video yang berdurasi 30 saat telah dimuat naik oleh pengguna Twitter dikenali sebagai Cik Kazmira.

Namun begitu, menerusi rakaman berkenaan orang ramai yang berpuas hati apabila lelaki yang menunggang motosikal berkenaan dilanggar kenderaan lain.

Advertisement



Penunggang motosial tersebut dilanggar sebuah kereta Proton Persona bagi menghentikan tindakannya yang berniat seperti mahu mencederakan wanita itu.

Tindakan pantas orang ramai yang berada di sekitar berlari mendapatkan lelaki itu dan berjaya menahannya dari meneruskan ‘aksi gilanya’ kepada wanita terbabit.

Malah, ramai yang berpuas hati melihat lelaki tersebut dilanggar kereta sebelum ditangkap anggota keselamatan yang berada di kawasan terbabit.

Rata-rata netizen turut memuji tindakan cepat orang ramai yang segera menahan lelaki berkenaan daripada melarikan diri selepas mengasari wanita yang berada disitu.


Bagaimanapun, rakaman video yang dimuat naik oleh pengguna Twitter tersebut tidak dapat dipastikan kesahihannya sama ada video baru atau pun lama.

Selain itu juga, tiada sebarang petunjuk dimana kejadian berkenaan berlaku kerana ia tular dan dimuat naik tanpa sebarang maklumat oleh pengguna Twitter.

Semoga orang ramai dapat mematuhi dan bertindak rasional di atas jalan raya demi keselamatan bersama.

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel