Connect with us

Terkini

[VIDEO]Dilihat Sempat ‘Solat’ Tepi Tasik Sebelum Raba Wanita!

Tular satu klip video di media sosial memaparkan seorang lelaki didakwa telah melakukan gangguan seksual terhadap seorang wanita dan kanak-kanak perempuan di Taman Tasik Cyberjaya.

Klip video yang tular tersebut telah mengundang kemarahan dalam kalangan netizen, namun difahamkan, lelaki tersebut dipercayai mengalami masalah mental.

Menerusi rakaman video yang dikongsikan semula di akaun Twitter, Twt_Cyberjaya memaparkan seorang lelaki yang dipercayai merupakan warga Myanmar sedang terbaring di atas tanah di Taman Tasik Cyberjaya sambil dikelilingi oleh beberapa individu lain.

Menurut sumber, lelaki berkenaan yang dikatakan mengalami masalah gangguan mental itu dipercayai telah meraba seorang wanita dan memeluk kanak-kanak perempuan di taman tersebut.

Advertisement

Perbuatan itu dipercayai disedari oleh seorang wanita sebelum dia bertindak menangkap lelaki berkenaan.

Namun, tidak lama kemudian, sekumpulan lelaki yang melalui kawasan itu telah turut menghulurkan bantuan.

Difahamkan, lelaki terbabit telah dibawa ke balai polis dan IPD Sepang telah membuka kertas siasatan berhubung kes ini.



Di ruangan komen ada individu mendakwa melihat lelaki terbabit sedang mendirikan solat di tepi tasik tersebut.

Tidak cukup dengan itu, ada juga dalam kalangan mereka turut berkongsi pengalaman sama apabila melihat lelaki terbabit menjerit-jerit kawasan tasik sambil mengejar individu yang sedang berjoging.


Sumber: Twt_Cyberjaya

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel