Connect with us

Terkini

Dipercayai Enggan Buat Makanan Untuk Adik, Wanita Didakwa Siram Anaknya Berusia 10 Tahun Dengan Air Panas

Gara-gara kerana enggan membuatkan makanan untuk adiknya, seorang wanita tergamak menyiram anak kandungnya sendiri dengan air panas dan mencukur rambutnya serta melemparkan periuk ke arah anaknya itu pada Disember 2020 yang lalu, lapor Tribun.

Tertuduh adalah merupakan penduduk di Desa Meninting, lombok Barat, Nusa Tenggara Barat, Indonesia.

“Tertuduh telah bertindak sedemikian kerana kesal anaknya tidak mahu membuatkan makanan untuk adiknya,” kata Ketua Perhubungan Awam Polis NTB, Kombes Pol Artanto.

Artanto menjelaskan bahawa pada awalnya wanita itu meminta anaknya membuatkan makanan untuk adiknya.

Advertisement



Namun, anaknya yang berusia 10 tahun itu telah menolak permintaan ibunya.

Tidak boleh terima dengan penolakan tersebut, wanita itu telah menjadi berang dan terus menganiaya anaknya sendiri.

Pelaku telah mencukur rambut anaknya itu. Dia juga dilaporkan menghentak kepala anaknya ke dinding.

“Pelaku telah mengambil anaknya dan menghantukkan kepalanya ke dinding sebanyak tiga kali,” kata Artanto.

Selepas itu, pelaku telah melemparkan kuali ke arah anaknya.

Advertisement

“Lalu menyiramnya dengan air panas yang berada di dalam termos, hingga kulitnya melepuh dan kemerahan,” kata Artanto.

Artanto menjelaskan bahawa kes ini didedahkan selepas nenek kepada mangsa mengetahui tindakan anaknya itu.

Nenek kepada kanak-kanak itu telah melaporkan tindakan anaknya itu kepada pihak polis.

Pihak polis sempat memeriksa keadaan psikologi pelaku dan mendapati bahawa pelaku tidak mengalami sebarang gangguan mental.

Polis kemudiannya meletakkan pelaku sebagai suspek dalam kes penderaan budak lelaki berusia 10 tahun itu.

Advertisement

Akibat perbuatannya itu, pelaku boleh berhadapan dengan hukuman penjara maksimum lima tahun dan denda 15 juta Rupiah sekiranya didapati bersalah.

Sumber: Tribun

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel