Connect with us

Terkini

Tun Mahathir Dakwa PH Jatuh Sebab Namakan Anwar sebagai PM

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menafikan tindakan beliau meletak jawatan sebagai Perdana Menteri telah menjadi punca kepada kejatuhan kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang dipimpinnya ketika itu.

Sebaliknya Tun mahathir berkata, PH jatuh kerana memilih Presiden Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menjadi Perdana Menteri semasa membuat pengakuan kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Melalui hantaran di Facebook rasminya Tun mahathir menjelaskan perkara tersebut.

“Tommy Thomas dalam bukunya “My Story – Justice in the Wilderness” berpendapat bahawa peletakan jawatan Perdana Menteri sebagai surrender of power, penyerahan balik kuasa yang sukar difaham.”

Advertisement

“Saya pula tidak faham kenapa peletakan jawatan itu sukar difaham. Parti Pribumi Bersatu yang saya menjadi Pengerusi telah tolak nasihat saya supaya tidak tergesa-gesa keluar dari Pakatan Harapan (PH). Ini bermakna parti saya tidak lagi mempunyai kepercayaan (confidence) kepada saya. Mereka menyokong Muhyiddin dan memutus untuk keluar dari Pakatan Harapan dengan serta merta.”

“Apabila saya tidak lagi memiliki kepercayaan dari parti saya, saya tidak lagi dapat menjadi Pengerusi parti. Saya buat keputusan untuk letak jawatan sebagai Pengerusi Bersatu.”

“Saya dilantik jadi Perdana Menteri (PM) kerana saya Pengerusi Bersatu. Apabila saya tidak lagi jadi Pengerusi Bersatu, saya tidak lagi layak jadi Perdana Menteri. Maka saya pun terpaksa letak jawatan sebagai Perdana Menteri.”


“Walaupun saya minta supaya Bersatu tangguh keputusan keluar dari PH, tetapi pada malam 23 Februari 2020 (Ahad) Bersatu telah ada majlis makan malam bersama PAS dan UMNO, iaitu gabungan parti-parti yang dirancang oleh Muhyiddin untuk menjadi Kerajaan apabila PH jatuh.”

Advertisement

“Saya jatuh bersama dengan kejatuhan PH. Tidak munasabah saya terus jadi Perdana Menteri apabila PH tidak lagi jadi Kerajaan.”

“Kit Siang berpendapat Kerajaan PH jatuh kerana saya letak jawatan. Jika PH masih ada majoriti, ia tidak akan jatuh. PH boleh pilih ahli Dewan Rakyat lain untuk jadi Perdana Menteri.”

“Anwar Ibrahim memang berminat untuk jadi Perdana Menteri. Tetapi kerana PH hilang majoriti di waktu saya letak jawatan, Anwar tidak dapat ganti saya.”

“Kemudian semua 222 wakil rakyat diberi peluang oleh Yang di-Pertuan Agong untuk cadang calon mereka untuk jadi Perdana Menteri.”

“PH yang sepatutnya cadang saya, telah cadang Anwar konon kerana ia mendapat cukup bilang disebabkan sokongan dari Sabah dan Sarawak.”

Advertisement

Tun Mahathir menegaskan, kenyataan sama sebelum ini bahawa Anwar hanya mendapat 92 pencalonan dari PH manakala beliau mendapat 62 pencalonan kerana beberapa Ahli Parlimen PH telah menolaknya.

“Tetapi Anwar hanya dapat 92 pencalonan dari PH sahaja. Sabah dan Sarawak tolak Anwar.”

“Saya dapat 62 pencalonan kerana PH tolak saya.”

“Jika PH calon saya seperti yang saya berhak dapat, saya akan dapat 154 undi. Saya sanggup kembali sebagai Perdana Menteri walaupun Bersatu tolak saya.”

Tambahnya lagi setelah pencalonan di hadapan Yang di-Pertuan Agong gagal untuk menentukan Perdana Menteri baharu, Anwar dan pemimpin PH datang berjumpanya dengan mencadangkan beliau sebagai PM.

Advertisement

“Setelah pencalonan depan Yang di-Pertuan Agong gagal menentukan PM baru, pemimpin PH termasuk Anwar datang jumpa saya dengan cadangan memilih saya sebagai PM. Saya letak syarat nama Anwar sebagai Timbalan Perdana Menteri tidak disebut. Pada hari esok syarat saya dipersetujui.”

“PH berjaya mendapat 114 wakil rakyat yang menyertai kumpulan baru ini. Tetapi sebelum dapat dikemukakan kepada Yang di-Pertuan Agong, Muhyiddin sudah dipilih oleh Agong.”

“Kit Siang tentu tidak akan mengaku kejatuhan PH bukan kerana saya letak jawatan. Yang benar-benar menjatuh PH ialah pemilihan Anwar untuk jadi Perdana Menteri semasa membuat pengakuan kepada Agong. Jika PH menamakan saya, segala-gala yang berlaku sekarang tidak akan berlaku.”

Sumber: Dr. Mahathir bin Mohamad

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel