Connect with us

Terkini

“Mana Adil Macam Ni” Sweet Qismina Persoal Lawatan Kerja Muhyiddin Ke Indonesia

Penularan Pandemik Covid-19 yang melanda seluruh dunia ketika ini menyebabkan hampir seluruh negara menutup pintu sempadan dan melarang rakyat ke luar negara.

Terbaru, pelakon Sweet Qismina melontarkan pendapat menerusi satu ciapan di laman sosial Twitter miliknya dengan mempersoalkan tindakan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mengadakan lawatan kerja ke negara jiran, Indonesia sejak semalam.

Sweet atau nama sebenarnya, Farhanna Qismina Supandi menyatakan bahawa lawatan Muhyiddin adalah satu perkara yang tidak wajar terutamanya sewaktu tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang melarang rakyat berbuat demikian.


Advertisement

Menurut pelakon berusia 24 tahun itu, abangnya adalah antara individu yang paling terkesan dengan larangan ke luar negara selepas setahun tidak pulang ke Indonesia untuk bertemu isterinya.

“Abang saya lama tidak jumpa isteri dia di Indonesia sejak tahun lepas. Dia baru kahwin.
“Tetapi Perdana Menteri kita boleh pergi sana macam itu saja. Patut minta beliau bawa abang saya bersama. Mana adil begini,” katanya di Twitter.

Pelakon drama Bidadari Salju itu menyifatkan tindakan Perdana Menteri berkenaan adalah tidak adil, kerana pemimpin itu boleh keluar negara sedangkan rakyat biasa, iaitu abangnya tidak dibenarkan berjumpa isteri walaupun sudah lama tidak berjumpa.

Seperti sudah dijangka, status Sweet itu mengundang kecaman netizen yang mengatakan Muhyiddin ke Indonesia atas urusan kerajaan, bukan sebab peribadi.

Difahamkan, Muhyiddin mengadakan lawatan kerja dua hari ke negara itu setelah menerima jemputan Presiden Joko Widodo. Ia merupakan lawatan pertama sejak dilantik menjadi Perdana Menteri.

Urusan kerajaan berbeza dengan urusan peribadi

 

Abang ada urusan dengan Pak Joko ke?

 

Isu tersebut menjadi tanda tanya

Memang susah nak jumpa family

 

Advertisement

Sumber: Twitter Sweet Qismina

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel