Connect with us

Terkini

Suami Kantoi ‘berTikTok’ Dengan Wanita Lain, Tergamak Belasah Isteri Sampai Mati

Berang isterinya menemui video TikTok bersama wanita lain, seorang lelaki warga Indonesia membelasah isterinya sehingga mati di Flat Pelangi Damansara, di sini, pagi semalam.

Lelaki itu tergamak menumbuk dan menampar isterinya sehingga maut selepas rahsianya berkahwin lain terbongkar.

Kejadian berlaku di Flat Pelangi Damansara, apabila mangsa terlihat suaminya bersama wanita lain yang juga madunya melalui video di aplikasi TikTok sebelum berlakunya pergaduhan pada kira-kira 10 malam.



Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Nik Ezanee Mohd Faisal berkata, Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya menerima panggilan kira-kira pukul 7.30 pagi daripada orang awam memaklumkan mangsa ditemui dalam keadaan tidak bernyawa di rumah berkenaan.

Advertisement

“Polis yang bergegas ke lokasi mendapati terdapat kesan lebam pada bahagian badan mangsa dan punca kematian masih belum dikenal pasti.

“Mayat mangsa dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk dibedah siasat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Difahamkan, suami mangsa berusia 29 tahun telah ditahan, dan hasil soal siasat mendapati suspek mengaku menumbuk dan menampar mangsa berkali-kali hingga tidak bergerak sebelum meninggalkan isterinya itu sendirian dan menuju ke Klang.

“Tindakan pantas polis berikutan kejadian itu berjaya membuahkan hasil apabila tertangkapnya suspek utama kejadian itu pukul 3.10 petang pada hari yang sama di sebuah tapak pembinaan di kawasan Stadium Merdeka.”

“Suspek seorang lelaki berusia 29 tahun dan merupakan suami kepada mangsa yang mati. Polis berjaya merampas dua buah telefon bimbit jenama Oppo yang mana salah satunya adalah milik mangsa,  sebuah beg galas jenama Sport yang mengandungi wang tunai RM200, dua utas jam tangan jenama SKMEI, sebuah power bank dan serangkai kunci,”

Advertisement

Sementara itu, seorang wanita berusia 45 tahun yang mengaku isteri kedua suspek yang berkahwin pada November tahun lalu, turut ditahan bagi membantu siasatan.

“Kedua-dua suspek kini direman selama enam hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya lagi.

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel