Connect with us

Global

Wanita Tergamak ‘Masukkan’ Anak Tiri Dua Tahun Dalam Air Mendidih, Mahu ‘Balas Dendam’ Kerana Suami Suruh Jaga Anak-Anaknya

Seorang wanita dilaporkan telah dijatuhi hukuman penjara kerana membunuh anak tirinya yang berusia dua tahun dengan cara memasukkannya ke dalam tab mandi yang dipenuhi dengan air panas mendidih, lapor 7 news.

Wanita yang berasal daripada Jordan itu dipercayai membunuh mangsa selepas bertengkar dengan suaminya pada 1 Oktober 2018 lalu.

Menurut 7 News, suami kepada wanita berkenaan telah memintanya untuk menjagakan kedua-dua orang anaknya yang berusia empat dan dua tahun.

Wanita tersebut kemudiannya dilaporkan memutuskan untuk “membalas dendam” gara-gara dipaksa untuk menjaga anak-anak suaminya itu dengan cara membunuh salah seorang daripadanya, menurut mahkamah.

Advertisement



Mahkamah dimaklumkan bahawa pembunuhan itu adalah tindakan terakhir dalam kes penganiaayan kanak-kanak yang dilakukan oleh wanita itu dengan menyatakan bahawa “dia sering juga memukul dan menganiaya kanak-kanak tersebut”.

Mahkamah kini mengesahkan bahawa ibu tiri kepada kanak-kanak itu telah menuangkan air mendidih ke dalam tab mandi sebelum memasukkan mangsa yang berusia dua tahun itu ke dalamnya.

Dia dilaporkan mengeluarkan mangsa daripada tab mandi tersebut sejurus selepas kanak-kanak itu mulai menjerit dan membawanya ke hospital berdekatan dengan luka melecur tahap pertama, menurut dokumen mahkamah.

Kanak-kanak tersebut dilaporkan meninggal dunia dua minggu kemudian akibat daripada kecederaan yang dialaminya.

Tertuduh telah dijatuhi hukuman penjara pada November 2019 oleh mahkamah rendah dan pasukan perundangannya dilaporkan mencabar keputusan tersebut.

Advertisement

Namun mahkamah tinggi Jordan memutuskan untuk menjatuhkan hukuman penjara selama 20 tahun kepada wanita berkenaan atas kesalahan membunuh kanak-kanak itu.

Sumber: 7 News

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel