Connect with us

Global

Isteri Tolak Lakukan Hubungan Intim, Bapa Berang Tendang Bayi 4 Bulan Sampai Terpelanting Ke Tandas

Siapa sangka suami yang juga seorang bapa tergamak memukul isteri dan menendang anak kandungnya yang berusia empat bulan itu hingga terpelanting ke tandas.

Lebih mengejutkan apabila mengetahui punca bapa muda ini bertindak agresif adalah kerana tidak mendapat ‘layanan’ daripada si isteri.



Memetik laporan Tribunnews, suspek yang dikenali dengan nama Adam Malik baru sahaja berusia 19 tahun tergamak bertindak sedemikian kerana berang selepas pelawaannya untuk melakukan hubungan intim ditolak oleh si isteri.

Suspek yang hilang sabar terus memukul dan mengacukan pisau ke arah isterinya yang berusia 16 tahun.

Advertisement

Tidak cukup dengan itu, suspek kemudian menendang bayi tersebut sehingga bayi itu terpelanting ke bilik mandi.

Kejadian tersebut dipercayai berlaku di rumah pasangan ini yang terletak di Samarinda, Indonesia.

Menurut Ketua Forum Perkongsian Polis dan Masyarakat (FKPM) Pelita, Marno Mukti, bimbang dengan keadaan anak kecil itu, si isteri terus mendapatkan mangsa sebelum bertindak melarikan diri untuk meminta bantuan penduduk kampung.

“Dia juga sempat menghubungi rakannya di FKPM, lalu pihak kami menahan suspek sebelum lelaki berkenaan dihantar ke Balai Polis Samarinda.”

Semasa soal siasat, suspek mengaku telah mencederakan anak dan isterinya. Malah, si isteri mengaku bahawa suaminya juga kerap memarahinya tanpa sebab.

Advertisement

Difahamkan, suspek yang sudah ditahan itu akan dikenakan tindakan undang-undang.

“Dia (isteri) tak nak cium dan peluk saya. Itu yang buatkan saya marah dan pukul dia dan anak.”

Susulan daripada insiden itu, mangsa dan bayi berusia empat bulan itu telah dikejarkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Sumber: Tribunnews

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel