Connect with us

Jenayah

Lelaki Dipenjara Lagi Kerana Tampar Ibu Hingga Patah Gigi

Seorang penagih dadah yang baru dua minggu keluar penjara, hari ini dijatuhi hukuman penjara lima bulan oleh Mahkamah Majistret Kuala Lumpur atas dua pertuduhan mencederakan ibunya dengan menampar mangsa sehingga patah gigi.

Dia juga dituduh mengugut mahu membunuh wanita terbabit.

Majistret Aina Azahra Arifin menjatuhkan hukuman itu ke atas Mohd Azli Rahim, 41, selepas dia mengaku bersalah terhadap kesemua pertuduhan dihadapinya.

Aina Azahra juga memerintahkan tertuduh menjalani hukuman bermula dari tarikh dia tangkap pada 13 Feb lepas.

Advertisement



Mahkamah menjatuhkan hukuman penjara lima bulan bagi setiap pertuduhan dihadapi tertuduh dan memerintahkan hukuman pemenjaraan itu berjalan secara serentak iaitu lima bulan saja.

Mengikut kedua-dua pertuduhan, Mohd Azli didakwa mencederakan Rohani Sulaiman, 65, dengan menampar muka dan paha wanita itu serta mengugut mahu memukul dan membunuh mangsa, di Perumahan Pantai Permai, Jalan Pantai Dalam, Brickfields kira-kira 10 pagi pada 13 Feb.

Bagi pertuduhan mencederakan, dia dituduh melakukan kesalahan mengikut Sekyen 323 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 326A akta sama yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda maksimum RM4,000 atau kedua-duanya.

Pertuduhan mengugut pula dikemukakan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara boleh sampai tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya.

Difahamkan, tertuduh bertindak sedemikian selepas ibunya enggan memberikan wang yang diminta tertuduh untuk membeli dadah.

Advertisement

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Illya Syaheedah Mohd Razif memohon hukuman setimpal memandangkan tertuduh baru saja keluar dari penjara pada 2 Feb lepas.

Dia sebelum itu dipenjara atas kesalahan mengugut ibunya pada 21 Ogos 2020 selain mempunyai rekod kes dadah. Tertuduh yang tidak diwakili peguam kemudian merayu hukuman ke atasnya diringankan.

– Bernama

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel