Connect with us

Terkini

Jadi Jutawan Segera, Satu Kampung Beli Kereta ‘Berjemaah’

Jakarta: Satu kampung di Tuban, Surabaya ‘memborong’ kereta baharu selepas menerima pampasan tanah untuk pembangunan kilang petroleum.

Keadaan itu tular di media sosial apabila video dirakam penduduk menunjukkan 176 deretan kereta baharu tiba di Kampung Sumurgeneng di daerah Jenu, Tuban.

Detiknews melaporkan, Ketua Kampung Sumurgeneng Gihanto mengesahkan perkara itu dan membenarkan penduduk ‘memborong’ kereta secara ‘berjemaah’.

Menurutnya, ramai penduduk membeli kereta baharu sebaik menerima wang pampasan tanah untuk pembangunan kilang Pertamina dan Rosneft iaitu syarikat dari Rusia.

Advertisement


Tanah mereka dibayar dengan harga 600,000 hingga 800,000 rupiah (RM173 hingga RM230) semeter.

Katanya, wang pampasan yang diterima penduduk terpilih agak lumayan menyebabkan mereka memutuskan membeli kereta untuk kegunaan harian.

Gihanto juga mengatakan sudah ada ratusan penduduk membeli kereta dengan wang itu sehingga ada antara mereka memiliki dua hingga tiga kereta baharu.

“Sampai sekarang sudah ada sekitar 176 kereta baharu yang datang, sebelum ini ada 17 kereta baharu,” kata Gihanto ketika dihubungi detikcom.

Advertisement

Menurutnya, rata-rata penduduk mendapat pampasan sekitar 8 bilion rupiah (RM2.3 juta) malah ada penduduk memperoleh 26 bilion rupiah (RM7.5 juta) selepas menjual empat hektar tanah mereka.

Di Kampung Sumurgeneng terdapat 840 penduduk dan hanya 225 penduduk yang tanahnya diambil oleh kilang itu.

“Ya memang keadaan begini, ada wang terus beli kenderaan, ada juga sudah beli tanah dan rumah,” katanya. – Agensi

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel