Connect with us

Terkini

Kontrak Shuk Sahar Sebagai Penyampai Radio Hot FM Ditamatkan

Susulan daripada penggantungan perkhidmatan penyampai radio Hot FM, Shuk, pihak pengurusan stesen radio Hot FM hari ini mengumumkan bahawa kontrak perkhidmatan beliau atau nama sebenarnya Mohammad Shukri bin Mohamed Sahar ditamatkan serta merta.

Terdahulu, kontrak perkhidmatan Shuk sebagai penyampai radio Hot FM digantung buat sementara pada 24 Januari lalu untuk memberi ruang kepada pihak pengurusan untuk melakukan siasatan dalaman yang terperinci terhadap isu beliau yang tular di media sosial.

Pengurus Besar Kumpulan Audiens & Pemasaran Ripple, Puan Anida Mohd Tahrim berkata, hasil siasatan dalaman yang dibuat mendapati kontroversi membabitkan Shuk itu melanggar kontrak perkhidmatan.



Hasil daripada siasatan dalaman yang dijalankan, pihak pengurusan Hot FM mengesahkan bahawa kontrak perkhidmatan Shuk ditamatkan kerana beliau didapati melanggar kontrak perkhidmatannya sebagai penyampai radio Hot FM.

Advertisement

“Kontrak perkhidmatan Shuk sebagai penyampai radio di Hot FM ditamatkan berkuatkuasa hari ini, selepas selesai siasatan dalaman mendapati berlakunya pelanggaran terma perjanjian oleh Shuk, seperti yang sudah dipersetujui di dalam kontrak perkhidmatan beliau sebagai penyampai radio Hot FM. Shuk juga telah dimaklumkan mengenai hal ini.”

Pihak pengurusan Hot FM turut mengumumkan segmen Geng Pagi Hot (GPH) telah tampil dengan wajah baru bermula 15 Februari menerusi gandingan Fizie dan penyampai baharu Hot FM, Mark Adam.

“Selepas Shuib berundur dari Hot FM, kami sudah merancang untuk memberi ‘facelift’ kepada GPH dengan kemasukan Mark Adam.”

“Reputasi Mark sebagai penghibur serba-boleh memberikan nafas segar untuk segmen GPH. Harapan kami supaya pendengar akan terus menyokong Hot FM dan kami menjanjikan pengisian yang terbaik buat semua khususnya pendengar setia Hot FM,” katanya.

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel