Connect with us

Terkini

‘Kurang Ajar! Aku Test BM Kau Belum Tentu Lepas Dik’ – Cikgu Zack Tegur Dj Radio Perlekeh Guru

Tular di media sosial apabila seorang penyampai radio memuat naik video Tik Tok memperlekeh seorang guru Sains di sebuah saluran TV pendidikan. Oleh itu, penyampai radio yang dikenali sebagai Yusuf itu telah digantung tugas serta merta oleh pihak pengurusan stesen radio berkenaan.

Di Twitter, seorang guru Bahasa Melayu yang dikenali sebagai Cikgu Zack Kirana meluahkan rasa geram sebaik sahaja melihat video Tik Tok penyampai radio tersebut. Menurutnya, individu tersebut sangat ‘kurang ajar’ dan tidak menghargai usaha guru itu.



Sebagai seorang guru, cikgu Zack Kirana menegur sikap keterlaluan lelaki itu yang memandang rendah kepada orang lain. Katanya, jika hendak mengkritik tidak perlulah sampai menghina.

Menerusi Twitter cikgu Zack Kirana, dia mendakwa penyampai radio tersebut belum tentu mahir dalam Bahasa Melayu sekiranya dia pula melakukan ujian terhadap individu berkenaan.

Advertisement

Tambahnya pengorbanan seorang guru untuk mendidik anak-anak bangsa di Malaysia sangat besar.

“Sebab tu saya suka content @adibahnoor yang membetulkan kesalahan. Itu barulah membina. Beri ilmu supaya orang tak ulang yang sama. Bukannya gelakkan orang macam baru pertama kali dapat gelak dalam hidup. Kita semua judgemental. Tapi cukuplah kita tahu, apa yang kena simpan, apa yang kena tunjuk.”

Jelasnya lagi, dia suka melihat cara penyanyi, Adibah Noor ketika membetulkan kesalahan seseorang. Ujarnya lagi, cara Adibah Noor itu merupakan cara yang membina dan beliau tidak memperlekehkan individu lain apatah lagi mentertawakan individu yang melakukan kesalahan tersebut.

Mendapat sokongan netizen, ramai yang tidak senang apabila ada segelintir yang memandang rendah usaha guru-guru dalam menarik minat pelajar. Bagi mereka, tugas mendidik bukanlah senang.

 

Sumber: Zack Kirana

Advertisement

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel